Paparan Smart Tag Baru Korang “Problem”? Ini Cara Mudah Nak Baikinya. Memang Berkesan!

Trending

Paparan Smart Tag Baru Korang “Problem”? Ini Cara Mudah Nak Baikinya. Memang Berkesan!

Ramai sekarang ini menggunakan alat ‘smart tag’ bagi memudahkan perjalanan ketika melalui plaza tol. Yelah, nak elakkan dari beratur panjang dan jimatkan masa.

Advertisement

Namun, dalam masa yang sama tak dinafikan kadangkala paparan skrin smart tag model baru cepat rosak. Oleh dengan itu, admin nak kongsikan dengan korang cara memperbaikinya jika paparan skrinnya rosak atau tidak memaparkan jumlah kredit yang ada.

Jom kita tengok bagaimana caranya memperbaiki smart tag berkenaan.

1.Geram je aku tengok display tak cukup sifat ni. Nak tengok baki pun susah, entah 30 ringgit ke 3000 ringgit baki. Biasa topup 5000 ringgit je.

2. Alang2 nak repair display kita tukar bateri terus sebab bateri dah nak habis. Tekan punat dan tarik keluar penutup bateri untuk buka.

3. Nak buka skru2 tu pakai alatan yang sesuai. Screwdriver set macam ni boleh beli kat DIY bawah 12 ringgit

4. Cari mata skru yang sesuai. Yang ni star shape saiz kecik.

5. Buka dua skru kat penutup atas tu.

6. Lagi satu skru bawah pelekat bar kod ni. Tebuk terus pun boleh tapi kalau masih dalam warranty guna lah pisau nak selak. Eleh macam lah tak biasa selak2 ni. Huhu.

7. Tudia satu skru, ha bukak lekaih.

8. Dah bukak tiga skru kat belakang tu umpil bahagian ni sebab ada 3 lock kat kawasan tu. Umpil pelan2 je nanti dah renggang boleh buka terus.

9. Tu nampak ada gigi lock kat celah tu

10. Dah terbukak penutup atas, leklu belum setel.

11. Penutup sebelah bawah ni bukak klip kat sini dulu.

12. Buka satu2 klip, ada empat klip belakang ni.

13. Dah setel buka boleh tanggalkan penutup bawah dan penutup depan.

14. Ni dalam dia.

15. Rahsia nak bagi reben ni contact balik ialah kau gosok dengan pensel 2B pelan2 kat kawasan ni. Tolong hati2 dengan bahagian ni sebab senang tercabut.

16. Lepas tu kau periksa balik tengok display tu dah mula ok.

17. Jika display jadi hitam atau terkeluar tulisan2 aneh kau guna pemadam gosok kawasan tu jugak. Ulang sampai dapat hasil yang kau nak.

18. Cara nak periksa tu mudah, guna sebelah tangan pun boleh, letak kad t&g kat situ tekan suis guna test pen atau apa2 yang boleh sampai suis tu.

19. Nah dah kacak balik. Dah boleh pasang semula

20. Dah siap! Boleh la kau berlagak dengan kereta lembab yang lalu touch&go sebelah tu. Huhu.

Sumber :  Azarul Ridzuan Abu Bakar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...