Ini Cara Nak Bawa Kereta Sendiri Ketika Melancong Ke Thailand, Tak Perlu Sewa Kenderaan Di Sana..

Trending

Ini Cara Nak Bawa Kereta Sendiri Ketika Melancong Ke Thailand, Tak Perlu Sewa Kenderaan Di Sana..

Antara aspek yang terpenting ketika melancong di luar negara adalah kenderaan untuk bergerak dari destinasi ke destanasi yang ingin dituju.

Advertisement

Namun bila pergi ke negara yang terdekat, contohnya Thailand.. teringin juga nak bawa kenderaan sendiri kalau boleh kan? Lagi mudah dan lebih jimat tanpa perlu keluarkan kos yang mahal untuk sewa kenderaan di sana.

Ha, ianya boleh sahaja, cuma mestilah ada peraturan atau langkah yang perlu diikuti. Di sini admin ingin kongsikan, bagaimana caranya untuk membawa masuk kenderaan ke negara Thailand.

Jom baca!

Saya Nak Share Tips Untuk Bawa Kenderaan Masuk Ke Negara Thailand

a. Sediakan item ni sebelum bertolak ke thailand

1. Passport

2. Salinan Geran Kenderaan

3.Slip Maklumat Kenderaan
*(dapatkan di pejabat jpj berhampiran rm20 utk sekeping bole digunapakai setahun)

*Bila anda sampai berhampiran border anda bole lihat kedai2 utk membuat insurans kenderaan utk masuk ke negara thailand

b. Pastikan anda beli

1. Insurans kenderaan mengikut tempoh yg diperlukan

2.Slip Pasport (kertas putih kecil utk dikepilkan bersama pasport)

* Semasa tiba di imigresen malaysia serahkan pasport utk semakan, setelah selesai teruskan perjalanan hingga ke imigresen thailand.

* Serahkan pasport bersama slip kertas putih kecil pd pegawai imigresen.

* Setelah selesai urusan pasport, serahkan salinan geran , slip data kenderaan pada pegawai kastam n deklarasi thailand…

* Anda akan diberi 1 borang utk tandatangan, selesai tandatangan anda da bole meneruskan perjalanan ke negara thailand

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh share jika tiada keberatan semoga ia bermanfaat buat semua

Kredit info & foto oleh :  Firdaus Aznan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...