Written by Bella | June 26th, 2016

Selepas lama bermain teka-teki meskipun dihimpit dengan pelbagai gosip percintaan, Erra Fazira akhirnya mengaku beliau sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Shahir.

Jelas Erra, saat Shahir mendedahkan hubungan mereka baru-baru ini kepada umum, beliau merasa lega kerana tidak perlu berselindung lagi.

Walaubagaimanapun, Erra menafikan dakwaan kononnya mereka bakal bertunang dan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri nanti.

Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia.

Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.

Erra pada masa yang sama turut memberitahu hubungan mereka mendapat restu daripada keluarga Shahir, tetapi belum ada sebarang perbincangan yang diadakan oleh kedua-dua belah pihak.

Sekiranya mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin, Erra berharap ia adalah perkahwinan terakhir beliau.

Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya.

Sebab itu kami kata dahulu, mereka berdua ini memang mempunyai hubungan istimewa, kan senang bila dah berterus-terang begini. Harapnya mereka ada jodoh bersama,InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | June 24th, 2016

Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali yang lebih dikenali dengan nama Prof Izzi telah kembali bertemu Maha Pencipta pada jam 12.45 tengah hari tadi. Beliau terkenal dengan taglinenya “Renung-renungkan dan selamat beramal” itu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok yang dihidapinya. Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu.

prof izzi meninggal dunia

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Pastinya satu Malaysia akan terasa kehilangan pakar motivasi ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Al Fatihah. Sumber Sinar Harian.

Written by AbangNara | June 24th, 2016

Awal minggu ini, Astro telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Abang Nara telah sempat menghadirkan diri. Lauk pauk, persembahan, lawak kelakar dan semuanya memang tip toplah. Selebriti-selebriti pun ramai yang datang. Seronok tengok masing-masing berkongsi kegembiraan berbuka puasa bersama-sama.

neeloa

Antara selebriti yang hadir ialah Neelofa, Diana Danielle, Farid Kamil, Elfira Loy, Ajak Shiro, Shuib Sepahtu dan ramai lagi. Semua hadir dengan berpakaian seperti hari raya pertama Aidilfitri. Memang meriah. Cantik-cantik dan kacak-kacak kesemuanya.

diana danielle

Lagi beberapa gambar para selebriti di majlis berbuka puasa Astro dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Astro kerana sudi menjemput kami.

 
Written by AbangNara | June 24th, 2016

Pada hari Selasa yang lalu, selepas selesai menunaikan solat terawih, Abang Nara pun duduk bersantai di atas sofa. Tenang rasanya apabila isteri tercinta sudah berjaya menidurkan anak-anak. Boleh la nak rileks sikit. Tengah syok duduk sambil tak buat apa, bini Abang Nara datang dengan muka comelnya dan berkata “Abang cepat bukak Astro Ria tue ada Akim dan Stacy kat MeleTOP”.

stacy akim raya

Sambil melentokkan kepala ke bahu isteri tercinta, Abang Nara pun duduklah melayan gelagat Akim dan Stacy di dalam MeleTOP. Kelakar jugak rupanya laki bini nie. Seronok mendengar cerita Akim tentang perangai Stacy yang liat nak bangun sahur. Ada sekali tue siap Akim kena marah sebab kejutkan Stacy. Kah, kah, kah. Teringat Abang Nara pun dulu pernah buat camtue kat bini masa awal-awal kahwin. Hehehe.

stacy akim raya

sweet gila pasangan suami isteri nie

Apa yang menariknya ialah semua detik-detik yang diceritakan oleh Akim dan Stacy di MeleTOP ini boleh ditonton di dalam web episod “Lebaran Akim dan Stacy”. Abang Nara dah layan dah kesemua 5 episod yang telah diupload ke applikasi Capture. Buat yang tak tahu, Capture adalah sebuah aplikasi simpanan foto khas untuk pengguna DIgi sahaja yang membolehkan penyimpanan gambar serta video yang diambil secara talian. Setiap pengguna Digi akan mendapat 30GB sehingga 100GB ruangan simpanan berdasarkan pelan Digi yang digunakan.

stacy akim raya

Sesungguhnya yang paling best episod MeleTOP Selasa lepas ialah apabila Akim dan Stacy berpadu suara menyanyi lagu raya mereka yang bertajuk “Lebih Erat”. Boleh tahan catchy jugak lagu nie. Comel je tengok Akim dan Stacy yang bakal menyambut Aidilfitri kali pertama sebagai suami isteri.

Banyak lagi gambar-gambar, video-video, cerita-cerita dan aksi-aksi ekslusif Akim dan Stacy yang anda boleh lihat dengan memuatturun applikasi Capture. Kalau tak tengok, memang serius rugi. Hanya perlu cari “Capture” di Apple Store atau Google Play Store. Jangan lupa ke laman web rasmi Digi https://capture-app.com/ms/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan applikasi Capture yang akan memudahkan anda menyimpan segala kenangan di dalam telefon pintar anda.

Page 10 of 45« First...89101112...203040...Last »