Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ida Nerina Dedah Pernah Diperli Ketika “Take Away” Makanan Kerana Tidak Boleh Berpuasa

Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Marym Lee yang ingin memperjuangkan hak wanita “uzur” untuk makan ditempat awam.

Advertisement

Mrym Lee menerusi akaun Facebook mendakwa kononnya emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadhan.

Ini sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang merasakan ia satu perkara yang mengarut dan bertentangan dengan ajaran Islam. Malah, ia tidak manis untuk makan di khalayak ramai meskipun tidak boleh berpuasa. Ramai juga berpendapat ia akan menjatuhkan lagi imej wanita Islam.

Isu Marym Lee ini juga mendapat perhatian pelakon Ida Nerina di mana beliau akui tidak kisah jika ada individu lain makan dihadapan beliau tetapi ia tidak bermakna beliau menyokong perbuatan tersebut. Buat Ida ia dalah satu perkara yang memalukan.

Pada masa yang sama, Ida sempat berkongsi bahawa beliau pernah dihina dan diperli oleh  pekerja restoran makanan segera sebelum ini kerana membungkus makanan kerana tidak boleh berpuasa. Ida tidak makan di hadapan khalayak pun sudah disindir apatah lagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum?

Advertisement

Ida turut menasihati Marym Lee untuk memperjuangkan benda lain yang lebih bermanfaat.

Hmmmph, kadang-kadang orang kita ni suka sangat memperjuangkan sesuatu yang sudah tentu tidak masuk akal. Mahu menegakkan sesuatu yang tidak mempunyai faedahnya.

Tiada siapa larang Marym Lee untuk makan jika tidak berpuasa, tetapi hormatilah mereka di sekeliling anda. Jangan jatuhkan maruah wanita Islam.

Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Sumber Berita : Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama