Written by Bella | January 27th, 2016

“Apa yang ku lihat ini,mengapa video bunuh sana sini, di kaca TV dalam Internet, di FB hanya darah dan air mata. Ramai yang menghina agamaku, terasa bakar dijiwaku.”

Itulah antara lirik dalam lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir yang cukup mendalam ertinya.

Tampil hanya dengan gitar dan video keganasan yang berlaku di dunia pada pentas AJL 30 hujung minggu lalu, nyata persembahan Faizal sampai terus ke dalam hati penonton sehinggakan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Dr MAZA memuji persembahan beliau.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Dr Asri mengucapkan syabas kepada Faizal kerana telah berusaha dengan baik dalam menyampaikan misi kemanusiaan didalam lirik lagu Assalamualaikum.

Saya ucapkan syabas kepada Faizal Tahir kerana berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi.

Malam tersebut memang Faizal Tahir memberikan persembahan yang terbaik pada kami apabila beliau berjaya membuat emosi penonton tersentuh dengan video-video keganasan yang berlaku didalam dunia. Biarpun beliau tidak mendapat tempat pertama, beliau adalah juara dimata ramai rakyat Malaysia. Teruskan usaha anda Faizal Tahir!

Written by Bella | January 27th, 2016

Zizan Razak seakan tidak pernah putus dihimpit dengan kontroversi percinta terutama sekali soal bila beliau bakal berkahwin yang masih menjadi bualan ramai.

Sudah beberapa kali putus cinta, Zizan berkata buat masa ini fokus beliau hanya ingin membahagiakan ibu serta keluarganya sahaja dan enggan lagi memikirkan soal bercinta.

Kalau ditanya soal wanita, saya sebetulnya enggan lagi memikirkan tentang perkara itu. Bagi saya cukuplah sekarang saya memberikan tumpuan kepada kerjaya, perniagaan dan membahagiakan ibu saya sendiri.

Saya tahu itu yang terbaik. Membahagiakan ibu dan keluarga lebih memberikan kepuasan sebenarnya. Bukan bermakna saya menganggap wanita (teman wanita) merimaskan tetapi biarlah kena pada waktunya.

Buat Zizan, biarlah takdir sahaja yang menentukan dengan siapa beliau bakal berkahwin nanti. Apa yang berlaku sebelum ini mengajar Zizan untuk mengenali dirinya sedikit demi sedikit dan beliau juga mengakui sudah bertaubat daripada melakukan kesilapan lalu.

Soal jodoh dan dengan siapa saya mahu berkahwin biarlah masa sahaja yang menentukan. Yang penting saya lebih matang dalam menjalani kehidupan pada masa depan .

Dalam apa-apa isu sebelum ini, saya tidak pernah mencari salah sesiapa. Yang berlaku kepada saya dan mereka (beberapa wanita yang dikaitkan), saya ambil pendirian dengan menyalahkan diri sendiri sahaja. Dari situ saya mula belajar mengenal diri sedikit demi sedikit dan memperbetulkan nya. Sebagai orang biasa, saya juga bertaubat dan enggan mengulang kembali segala kesilapan.

Kalau sudah bertaubat dan enggan ulang segala salah silap dan masa lalu maka ia satu perubahan yang baik buat Zizan. Lagi best cuba untuk bahagiakan ibu dan keluarga daripada fikir hal remeh temeh dalam percintaan, bukan kata salah untuk bercinta tetapi janganlah terlalu obses mencari cinta sehingga lupakan keluarga.  Kalau sudah jumpa jodoh yang tepat terus kahwin dan barulah saat itu hebahkan kepada umum.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | January 27th, 2016

Bermulanya program Gegar Vaganza 2, nama Farahdhiya kembali dikenali sebagai seorang penyanyi dengan vokal yang mantap. Malah, populariti beliau kini sudah semakin meningkat dan mempunyai jumlah peminat yang ramai.

Namun, kisah peribadinya tetap menjadi tanda-tanya ramai. Sudah memasuki usia 32 tahun, soalan bilakah beliau akan berkahwin sering diajukan kepadanya.

Menurut Farahdhiya, buat masa ini beliau masih belum bertemu dengan jejaka yang sesuai buat dirinya. Bukan tiada siapa yang tidak pernah cuba untuk mendekatinya tetapi Farahdhiya buat masa ini belum bersedia untuk terlibat dalam sebarang komitmen perhubungan.

Saya bukanlah kecewa atau takut nak bercinta. Tapi saya memang seorang yang sukar untuk jatuh cinta. Ini mungkin saya masih belum bertemu dengan lelaki yang benar-benar menarik perhatian.

Sejujurnya Farahdhiya juga belum terfikir soal kahwin dan cukup selesa dengan kehidupannya sekarang.

Jujur saya katakan saya tidak ada teman lelaki dan sekarang saya tengah sibuk dengan kerjaya nyanyian dan lakonan. Malah, soal untuk berkahwin pun belum terfikir dan saya selesa dengan keadaan saya macam ini.

Wanita cantik seperti Farahdhiya ini memang ramai yang akan cuba untuk mendekati beliau tetapi bukan senang untuk memikat hatinya dan membuatkan beliau jatuh cinta. Tidak apa, perlahan-lahan nanti adalah tu jodoh yang sesuai buat Farahdhiya.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | January 27th, 2016

Pelakon Erra Fazira nampaknya sedang bekerja sambil bercuti di Chiang Mai, Thailand bagi menjalani penggambaran filem Soulmate arahan Profesor Razak Mohaideen.

Menariknya filem ini bukan sahaja menampilkan Erra tetapi turut dibintangi oleh penyanyi daripada Singapura Taufik Batisah dan Raja Ilya.

Khabarnya cuaca di Chiang Mai agak sejuk sehingga boleh mencapai suhu 11 darjah celcius.  Pergh, memang boleh tahan sejuk tu.

Jom kita layan beberapa lagi foto Erra Fazira di Chiang Mai dengan membaca entri ini sepenuhnya.