Written by AbangNara | October 28th, 2015

Haniya adalah nama untuk anak perempuan. Ia membawa maksud anak yang memberi kegembiraan ke dalam hati kedua ibu bapanya. Ia juga membawa makna seseorang yang menjalani kehidupan gembira dan tenang.

Impian seorang gadis ialah untuk memiliki baju yang banyak sehingga ruang simpanan tidak mencukupi. Namun di zaman sekarang yang mahal serba-serbi, ia adalah satu impian yang sukar untuk dicapai. Oleh kerana itu, Haniya Muslimah Wear direka khas dengan visi untuk menjadi satu jenama pakaian Muslimah yang bergaya dengan harga yang berbaloi.

Haniya Muslimah Wear dengan usaha keras untuk kesemua prosesnya termasuklah mencari bahan, mencipta rekaan, pembuatan, photoshoot, pembungkusan, penghantaran dan paling penting, servis selepas penjualan. Selain itu Haniya Muslimah Wear juga hanya dijual secara online untuk memastikan harganya tidak terlalu mahal berbanding jenama lain.

Usaha berterusan ini telah berjaya dalam memastikan Haniya Muslimah Wear mengeluarkan rekaan baru setiap bulan demi untuk memuaskan hati pelanggan mereka. Jom kita tengok koleksi Haniya Muslimah Wear untuk bulan Oktober 2015.

haniya

Haniya Leather Lace Design Kurung Modern dan Mermaid Cut Skirt direka dengan lace kulit pada bahagian pergelangan tangan dan secara menegak. Yang paling mencuri perhatian ialah potongan pada bahagian atas baju kurung ini yang padan dengan sempurna sekali dengan skirt yang dipotong seperti duyung. Ia dijual pada harga RM89.90 sahaja dan terhad kepada 100 helai sahaja, kerana mahukan pemiliknya merasa ekslusif. Untuk tampil lebih menawan, disyorkan untuk anda membawa handbag kulit yang dijual pada harga RM47.90 sahaja.

haniya

Haniya Bohemian Flowered Pattern Mix Colour Long Dress Jubah ini dijual pada harga RM74.90 sahaja. Ia hadir bersama lengan yang dicetak dengan rekaan istimewa. Jubah ini nampak klasik kerana ia mempunyai warna yang pelbagai dan juga corak Bohemian pada bahagian bawahnya. Hanya 100 helai akan dijual untuk setiap warna.

haniya

Haniya Special Gathered Front Sleeve Plain Blouse ini mempunyai lengan yang panjang dan rekaan unik bergetah padanya. Dengan butang di bahagian belakanganya, blouse ini memudahkan para gadis mengambil wuduk. Ia kini dijual pada harga RM34.90 berbanding RM79.50 pada awal penjualannya. Seperti biasa, ia terhad pada 120 unit dan didatangkan dalam warna purple, peach, blue dan army green.

haniya

Material Haniya Plaid Design Blouse’s amat lembut dan sangat selesa untuk kulit. Datang dengan lapisan penuh pada blouse dan juga rekaan kotak-kota yang amat menarik perhatian. Sesuai untuk dipakai ketika pergi kerja, jalan-jalan, majlis perkahwinan atau apa jua majlis. Outfit of the day (OOTD) anda pasti akan sempurna jika memakai blouse ini bersama dengan handbag penuh elegan yang berharga RM47.90. Blouse ini dijual pada RM34.90 (harga sebelum RM69.85). Anda boleh memilih warna putih, hitam, biru dan peach.

haniya

Haniya Flowered Printed Design Blouse ini amat sesuai jika digayakan sebagai kasual dan juga untuk ke pejabat. Ia mempunyai potongan bulat pada leher dan juga lengan yang panjang. Apa yang membuatkannya kelihatan menawan ialah cetakan istimewa pada bahagian kanan. Sekali pandang, pasti terpikat. Dengan harga RM37.90 (harga sebelum RM89.90), blouse ini terhada pada 120 helai sahaja.

haniya

Terhad kepada 120 helai sahaja, Haniya Floral Printed Design dan Patch Pocket Blouse ini mempunyai ruang poket pada bahagian kanannya. Selain itu, bahagian kanan blouse ini turut diserikan dengan cetakan berbentuk bunga dan bahagian belakangnya mempunyai butang. Boleh dipakai untuk ke mana-mana sahaja. Harganya? Cuma RM35.90 sahaja (harga sebelum RM83.74)
haniya

Haniya Floral Printed Design dengan U Shape Blouse ini sangat sesuai untuk digayakan ketika ke pejabat dan juga di waktu kasual. Blouse ini mempunyai cetakan berbentuk “U” di bahagian dari bahagian sisi dan belakangnya. Bahagian leher pula berbentuk bulat dan sudah tentu lengannya panjang. Datang dengan warna dark brown, turquoise serta kuning. Ia kini dijual pada harga RM35.90 berbanding RM83.74 untuk 120 helai sahaja.

Untuk makluman, Haniya Muslimah Wear hanya boleh didapati secara online dan penjual rasminya tidak lain tidak bukan ialah Nile.com.my, your trusted online shopping mall. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Haniya Muslimah Blouse di sini atau Haniya Muslimah Jubah/Baju Kurung di sini. Pastikan anda segera memiliki setiap rekaan kerana ia dijual pada unit terhad. Setiap rekaan didatangkan dengan saiz S sehingga XXl.

Selamat membeli-belah.

 
Written by AbangNara | October 28th, 2015

Kumpulan pelawak Sepahtu pada Jumaat gagal dalam saman mereka terhadap kumpulan akhbar The New Straits Time Press (NSTP)(M) Berhad berhubung penerbitan satu artikel yang mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Datuk Anita Harun menolak saman yang dikemukakan anggota kumpulan itu, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Shahmira Muhamad selaku plaintif, dalam kamarnya pada Jumaat.
jep dan shuibProsiding itu dihadiri peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili kumpulan pelawak itu, manakala peguam She Yi Ooi mewakili syarikat penerbitan berkenaan selaku defendan.

Aizul Rohan ketika ditemui pemberita berkata tuntutan saman anak guamnya ditolak selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar Metro Ahad itu tidak memalukan plaintif.

Peguam itu berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
jep dan shuib

Pada 18 Mei lepas, Mohd Nadzri, 30, atau lebih dikenali sebagai Jep dan Shahmira, 31, yang lebih dikenali sebagai Shuaib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel bertajuk “Jep mengamuk Sepahtu Kalah”, yang disiarkan melalui ruangan Cik Pang dalam akhbar Metro Ahad pada 15 Februari lalu mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap mereka.

 
 
Written by Bella | October 28th, 2015

Masih baharu didalam industri hiburan tempatan, Zahirah Macwilson sudah terpalit dengan gosip yang agak mendapat perhatian ramai setelah foto beliau bersama Zul Ariffin tersebar baru-baru ini. Pelbagai soalan berada di minda pemiant adakah mereka sekadar teman rapat ataupun sebaliknya.

Tidak pernah menghiraukan segala gosip , Zahirah sekali lagi kelihatan bersama dengan Zul apabila kedua-duanya muncul di sebuah majlis tayangan amal Travelling Beruang.

Zahirah menjelaskan beliau bukan sengaja ingin lari daripada memberitahu perkara sebenar tetapi nampaknya tiada apa yang perlu beliau umumkan kerana beliau dan Zul hanya sekadar teman biasa.

Saya bukan mengelak. Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat. Saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak maklumat kerana kami hanya berkawan. Kalau apa yang peribadi, biarlah saya simpan sendiri. Saya dan Zul sama. Dia juga jenis terbuka seperti saya.

Ermm tidak apa ambil daripada sudut yang positif, tak salah kan untuk teman rapat keluar bersama. Heh?

Sumber Berita: Media Hiburan

 
Written by Bella | October 27th, 2015

Kemesraan serta keakraban Emma Maembong dan Kamal Adli tidak perlu diperkatakan lagi, semua orang jelas melihat mereka berdua ini cukup gembira bersama. Namun, sehingga kini mereka masih enggan meletakkan sebarang status istimewa terhadap hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, jelas Emma beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga  kerana kariernya sudah semakin kukuh dan tidak mahu lagi terlibat dengan percintaan yang  boleh di ibaratkan sebagai cinta monyet.

Malah, Emma tidak menolak jika takdir sudah menentukan jodoh beliau bersama Kamal.

Sejak dahulu lagi, saya sering mengatakan bahawa saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Rasa itu hadir mungkin disebabkan saya sudah mempunyai karier yang stabil dan tidak mahu berlengah-lengah dengan cinta monyet.

Jika dia (Kamal) merupakan jodoh yang telah ditentukan Tuhan, saya menerima dengan hati yang terbuka. Namun, jika sebaliknya, saya tidak akan menutup hati untuk bercinta lagi.

Pengalaman cinta yang agak menyakitkan pada masa lalu mungkin mengajar Emma Maembong untuk lebih matang dalam perhubungan dan tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Tak apa, kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita: Kosmo!