Written by Bella | May 29th, 2015

Pelawak yang cukup popular dan diminati ramai, Harith Iskander memberitahu beliau bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi apabila isterinya Jezamine Lim kini disahkan hamil empat bulan. Tentu sekali ini merupakan hadiah yang cukup istimewa buat pasangan tersebut yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada 13 Jun depan.

Kami tidak pernah merancang soal anak dan apabila diberitahu diri saya hamil, kami berdua teruja sangat. Sebenarnya ini kali pertama kami berkongsi perkara ini kepada orang luar. Kami tidak umum tentang berita kehamilan ini kerana sebelum ini kandungan saya mempunyai komplikasi.

Sepatutnya kandungan saya kembar, namun tak jadi sebab ada masalah. Jadi, saya lebih berjaga-jaga untuk kandungan ini dan Harith pun sudah macam polis bila berada di rumah.

Buat Harith, beliau sebenarnya merasa agak khuatir dengan keadaan isterinya itu dan sering menumpukan perhatian kepada Jezamine dan meluangkan masa bersama isteri dan dua lagi anak mereka di rumah. Mengakui isterinya teringin untuk menimang cahaya mata lelaki, Harith bagaimanapun tidak kisah tentang soal jantinan asalkan bayi itu nanti lahir dengan sempurna dan sihat.

Pasangan Harith Iskandar dan Jezamine Lim telah berkahwin pada tahun 2010. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini iaitu Zander Xayne Iskander, 3, serta Alessandra Jayne Iskander, 20 bulan.

Sumber Berita: Tonton Extra

 

Written by AbangNara | May 29th, 2015

Sudah berusia 28 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Heliza Helmi bakal menamatkan zaman gadisnya. Malah ramai yang meneka bahawa hati gadis comel ini telah menjadi milik seseorang namun berjaya dirahsiakan. Ada juga gosip Heliza bercinta dengan seorang pensyarah bertebaran baru-baru ini. Namun ternyata itu semua palsu semata-mata. Heliza masih solo, single dan tiada kekasih.

heliza helmi

Bukannya tidak mahu mencari, namun kesibukan Heliza Helmi selaku duta Aman Palestin dan pelbagai aktiviti lain menyebabkan dirinya tiada masa untuk mencari teman hidup. Kata Heliza:-

Saya memang terkejut dengan gosip (bercinta dengan pensyarah) yang tidak berasas itu. Dari mana mereka dapat cerita saya bercinta dengan pensyarah itu? Gosip itu tidak benar sama sekali.

Terus terang, agenda saya sangat padat dengan pelbagai aktiviti dan program dan saya tidak ada masa pun nak membaca gosip di laman sosial. Justeru saya berharap, gosip itu dihentikan dengan segera kerana ia tidak benar.

Terus terang, saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tidak ada masa untuk berehat pun. Malah saya pun hanya dapat tidur sejam sehari sejak kebelakangan ini. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti dan menguruskan karier seni juga menyebabkan saya tidak ada masa untuk mencari teman hidup.

Saya tidak berasa tekanan soal jodoh keranak eluarga cukup memahami perkara itu. Kakak saya pun belum berkahwin lagi. Apa pun saya juga berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan jodoh yang baik nanti.

heliza helmi

Nampaknya ada harapan untuk para jejaka di luar sana cuba mencuri hati Heliza. Abang Nara percaya ramai yang menaruh hati kepada gadis ini. Berusahalah!!! Semoga Heliza dipertemukan jodoh yang terbaik buatnya. Lagi beberapa gambar Heliza dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Harian Metro.

 
Written by AbangNara | May 29th, 2015

Oh yeah!!! Akhirnya yang dinanti-nanti sudah tiba. Zalora sudah pun melancarkan koleksi baju raya mereka. Abang Nara yang lelaki ini pun terpesona tengok, inikan korang yang perempuan. Semuanya cantik-cantik. Ada koleksi Jovian Mandagie, ada koleksi Zalia dan paling awesome, sudah tentulah koleksi Rizalman yang dilancarkan hari ini. Namun sebelum korang buat pembelian, sila hafal voucher diskaun special untuk pembaca BeautifulNara di bawah.

zalora raya

Sila pastikan anda menggunakan voucher “BNARA22” di www.zalora.com.my dan “BNARA15MP” di Zalora MarketPlace. Abang Nara dah berjaya pujuk boss-boss Zalora untuk bagi korang special diskaun nie. Kalau tak bersyukur jugak tak tahulah. Ok meh kita layan gambar-gambar koleksi baju raya Zalora. Confirm mata meleleh punya.

1. Koleksi Hari Raya ZALIA.

zalora raya
zalora raya
zalora raya
zalora raya

2. Koleksi Hari Raya Jovian.zalora rayazalora rayazalora raya

2. Koleksi Hari Raya Rizalman.(ini kena terus beli kat website ZALORA)

zalora raya
zalora raya
zalora raya
zalora raya

Cantik-cantik semuanya kan? Berdarah mata tengok kan? Nasihat Abang Nara, silalah cepat beli/pre order. Kalau lambat, takut out of stock. Setiap tahun memang sambutan hangat tahap gaban untuk koleksi Hari Raya Zalora. Terlambat sikit je memang habis. Ingat pesanan Abang Nara. gunakan voucher “BNARA22” di www.zalora.com.my dan “BNARA15MP” di Zalora MarketPlace. Selamat membeli!!!

UPDATE: Untuk koleksi Rizalman, voucher kod di atas tidak boleh digunakan. Namun korang masih boleh beli macam biasa. Selamat bershopping!!!

Written by AbangNara | May 29th, 2015

Bola sepak dan negara Brazil sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ramai pemain-pemain legend dari Brazil telah dilahirkan dan menyinari dunia bola sepak dengan skill-skill mereka yang awesome. Sekitar tahun 90-an kalau main bola waktu petang masing-masing berebut nak jadi Romario, Rivaldo, Ronaldinho atau pun Ronaldo. Memang power-power semuanya.

Namun bagi Abang Nara pemain Brazil yang paling legend ialah tak lain tak bukan Pelé. Kalau korang pergi YouTube dan cari kompilasi aksi Pelé, Abang Nara berani jamin korang akan tercengang. Pelé punya dribble macam bola tue telah diletak gam pada kakinya. Power tak ingat.

Pelé juga telah diiktiraf secara meluas sebagai pemain bola sepak terhebat dunia yang pernah wujud. Walaupun pemain sehebat Pelé tidak mungkin akan wujud lagi, Abang Nara turut sama menggemari corak permainan yang ditunjukkan oleh seorang lagi pemain Brazil iaitu Oscar.

pele dan oscar

dah la power, muka pun hensem si Oscar nie

Pelé dan Oscar ini kalau dilahirkan pada zaman sama pasti akan menjadi kombinasi yang awesome apabila bermain bersama untuk Brazil. Seorang legend dan seorang lagi prodigy. Namun peluang untuk menyaksikan mereka di atas padang yang sama agak tipis. Walaupun begitu, Pelé dan Oscar akan hadir ke Malaysia pada 29 Mei (hari ini) untuk berkongsi pengalaman mereka di atas pentas yang sama.

pele oscar

Legend dan prodigy

Kehadiran Pelé dan Oscar ke Malaysia adalah bersempena kempen “Stay Thirsty’ oleh 100PLUS yang telah pun melantik kedua-dua bintang ini sebagai ambasador antarabangsa mereka. Fuh!!! Excitednya Abang Nara. 100 pemenang bertuah yang membeli minuman 100PLUS akan berpeluang bertemu dengan legend dan prodigy ini.
pele oscarPelé dan Oscar akan melakukan pelbagai aktiviti di sekitar KLCC. Antaranya, Oscar akan mengadakan klinik bola sepak “Stay Thirsty” untuk pemenang liga Kementerian Pendidikan yang merupakan anjuran 100PLUS, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia & Sukan. Menteri “tall, dark and handsome”iaitu Khairy Jamaluddin pun akan turut sama turun padang.

Sementara itu Pelé pula akan meluangkan masanya berkongsi pengalaman bersama dengan pasukan kebangsaan Malaysia. Sesi ini akan disiarkan secara langsung menerusi laman web http://100plus.com.my/meetoscarandpele . Inilah peluang untuk kita dengar sendiri tips-tips dan cerita-cerita menarik daripada Pelé. Mesti terbaik punya.
pele oscarAbang Nara jap lagi nak pergi Tesco beli 100PLUS banyak-banyak. Manalah tahu berpeluang dapat berjumpa Pelé dan Oscar secara live. Kepada peminat bola sepak, sila tandakan tarikh 29 Mei ini. Peminat-peminat sekalian juga boleh tanya soalan kepada Pelé melalui cara tweet dengan hashtag #100plusstaythirsty. Kehadiran Pelé dan Oscar yang dibawakan oleh 100PLUS ini pasti akan menjadi detik bersejarah buat anda. Maklumat lanjut layari http://100plus.com.my/meetoscarandpele dan Facebook 100PLUS.

Page 4 of 54« First...23456...102030...Last »