May 29th, 2015

Pelawak yang cukup popular dan diminati ramai, Harith Iskander memberitahu beliau bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi apabila isterinya Jezamine Lim kini disahkan hamil empat bulan. Tentu sekali ini merupakan hadiah yang cukup istimewa buat pasangan tersebut yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada 13 Jun depan.

Kami tidak pernah merancang soal anak dan apabila diberitahu diri saya hamil, kami berdua teruja sangat. Sebenarnya ini kali pertama kami berkongsi perkara ini kepada orang luar. Kami tidak umum tentang berita kehamilan ini kerana sebelum ini kandungan saya mempunyai komplikasi.

Sepatutnya kandungan saya kembar, namun tak jadi sebab ada masalah. Jadi, saya lebih berjaga-jaga untuk kandungan ini dan Harith pun sudah macam polis bila berada di rumah.

Buat Harith, beliau sebenarnya merasa agak khuatir dengan keadaan isterinya itu dan sering menumpukan perhatian kepada Jezamine dan meluangkan masa bersama isteri dan dua lagi anak mereka di rumah. Mengakui isterinya teringin untuk menimang cahaya mata lelaki, Harith bagaimanapun tidak kisah tentang soal jantinan asalkan bayi itu nanti lahir dengan sempurna dan sihat.

Pasangan Harith Iskandar dan Jezamine Lim telah berkahwin pada tahun 2010. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini iaitu Zander Xayne Iskander, 3, serta Alessandra Jayne Iskander, 20 bulan.

Sumber Berita: Tonton Extra

 


Comments are closed.

Loading...