Written by serenity | April 27th, 2015

Untuk makluman, semalam telah berlangsung majlis sambutan ulangtahun kelima kelahiran anak perempuan Dynas Mokhtar, Khyra. Majlis ini berlangsung di rumah ibu bapa Dynas di Shah Alam, dengan tema Princess Power.
 photo 11149723_10153879544969240_515232338899520451_o.jpg
Dynas dan keluarga telah mengenakan pakaian dari warna tema merah jambu. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan baby Lara Alana yang super cute.

Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan REDPhotography. Sila like fanpage RED beramai-ramai.

Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

KONSERT CAK LEMPONG EKSTRAVAGANZA 2015Jangan lupa dating menyaksikan dan memeriahkan Konsert Cak Lempong Ekstravaganza…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 April 2015

 
Written by AbangNara | April 27th, 2015

Buat anda yang tidak tahu, selebriti kesayangan ramai iaitu Nur Fazura kini telah pun bergelar penyanyi. Pelakon Gol & Gincu ini telah mempunyai ‘single’nya sendiri yang berjudul Sayangi Dirimu. Boleh tahan juga lagu ini. Sesuai dengan nada suara Fazura yang tidak terlalu tinggi. Bila dengar 2,3 kali memang boleh masuk. Catchy. Secara jujur, Abang Nara terkejut juga melihat Fazura mampu menyanyi sebaik ini. Satu percubaan yang amat bagus.

fazura

Namun seperti biasa apabila seseorang mencuba sesuatu yang baru, pasti akan ada suara-suara yang kurang enak didengari. Nur Fazura telah dikritik dan kebolehan dirinya menyanyi telah dipertikai. Ada yang kata suara tak sedap, pitching tak betul dan sebagainya. Namun bagi Fazura, kritikan tersebut tidak dipedulikan olehnya. Kata Fazura:-

Terpulang, jika itu pendapat mereka dan orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang kata kerana paling penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan hanya mahu memandang positif seperti mana mesej dalam Sayangi Dirimu.

Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk bergelar penyanyi tetapi rezeki terlebih dahulu dalam bidang lakonan. Bagaimanapun syukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan biarpun mengambil masa untuk muncul dengan single pertama tetapi saya anggap ia ketentuan daripada-Nya

fazura

Bagi Abang Nara, bukannya semua penyanyi mempunyai vokal sehebat Dayang Nurfaizah, Siti Nurhaliza atau Alyah. Boring jugak kalau semua vokal tinggi je kan? Sekali sekala kenalah ada kelainan sikit. Kalau penyanyi Hollywood nyanyi guna bantuan mesin tak ada pula nak kritik habis-habisan. Tak gitu? Untuk makluman, single Fazura ini turut mempunyai video klip. Smart juga video klipnya. Tonton di bawah.

Khabarnya selepas ini Nur Fazura akan berduet dengan Taufik Batisah pula untuk single seterusnya. FuH!! Menarik jugak tue. Mungkin boleh buat lagu jawapan untuk lagu “Awak Kat Mana”. Mesti meletop nanti. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | April 27th, 2015

Agak tidak masuk akal apabila seseorang tidak tahu apa itu maksud GST. Kalau tak faham konsep GST, bolehlah diterima lagi. Bak kata Ahmad Maslan, Tun Mahathir pun tak faham apa itu GST. Inikan pula kita selaku rakyat marhaen. Agak sedih juga apabila salah seorang peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid di dalam satu temuraramah gagal memberikan makna penuh GST. Akibatnya, Mawar telah dicop sebagai ‘beauty without brain’ atau dalam bahasa Melayunya ‘cantik tapi tak ada otak’.

mawar rashid

Selain daripada tidak tahu apa itu maksud GST, Mawar Rashid juga dikritik teruk kerana cara menjawab soalannya yang nampak agak ‘fake’. Hmmmm. Mungkin selepas Dewi Remaja Mawar boleh pergi kelas untuk belajar bercakap. Tak perlulah tersenyum sepanjang masa. Tonton video di bawah bermula minit ke 2:35 untuk penerangan Mawar tentang GST.

Setelah dihentam teruk oleh orang ramai, Mawar Rashid telah tampil menerusi akaun Instagramnya untuk memohon maaf kerana gagal memberikan maksud GST. Kesibukan dirinya sebagai seorang pelajar menyebabkan Mawar tidak mengambil tahu tentang isu semasa ini. Tulis Mawar:-

Guys.. Maksud (gst) is goods and services tax yg menggantikan (sst) sales and services tax.. mawar mintak maaf pada semua sebab mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara..pelajaran & assigments serta aktivit2 mawar yg padat setiap hari telah membuat mawar lalai tentang perkembangan isu semasa..mungkin ade yg diluar sana sebaya mawar yg mungkin jugak kurang pasti tentang GST..mawar belajar dari kesilapan dan insyaallah akan lebih membuka minda tentang isu isu semasa..mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran utk improve diri mawar to b a better person..tq to all yg still support mawar.. mawar nak sambung study. wish me luck guys??peace no war

mawar rashid Diharap Mawar Rashid selepas ini lebih peka dengan apa yang sedang terjadi di negara kita lebih-lebih lagi selaku salah seorang peserta Dewi Remaja. Jangan harap muka je cun tapi pengetahuan zero. Tak berguna jugak kan? Apa kata anda?

Written by Bella | April 27th, 2015

Bella faham mungkin ada diantara anda yang tidak mahu lagi tahu tentang kisah Emma Maembong dan percintaannya, tapi kali ini kami cuma nak berkongsi foto-foto Emma Maembong sewaktu bercuti ke kota London baru-baru ini yang turut disertai oleh bapanya Ismail Embong.

Mungkin inilah masa yang sesuai untuk beliau menenangkan fikiran serta melupakan  kontroversi cinta bersama Zizan Razak dan merawat luka dihatinya. Jika orang lain boleh melihat kesedihan Emma apatah lagi beliau yang menanggung bukan?

Kami mendoakan agar Emma ditemukan dengan jodoh yang tepat buatnya dan sekaligus boleh membuatkan beliau lupa kisah silam yang duka. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan lebih baik untuk kita tahu keburukannya sebelum semua terlambat.

Ok jom lupakan gosip-gosip hangat dengan melihat foto Emma Maembong di London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Instagram Emma Maembong