Written by Bella | April 27th, 2015

Nama Siti Saleha tidak asing lagi didalam industri lakonan tanah air, telah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2014 yang lalu, aktres ini dikatakan sudah mula berlagak diva dan demand.

Siti Saleha didakwa telah mengenakan bayaran untuk menghadiri sidang media yang membabitkan dirinya sebagai pelakon.  Produksi televisyen RTM merasa agak kecil hati apabila pengurusan Siti Saleha bertanyakan soal bayaran tersebut.

Walaubagaimanapun, ketika dihubungi Siti Saleha menepis tuduhan tersebut dan meminta agar peminat dan pihak tertentu untuk tidak menghakiminya atas keputusan yang tidak dibuat oleh dirinya.

Saya bermula dengan RTM sebagai pelakon. Malah sudah lima keenam kali saya berlakon drama di bawah siaran RTM. Pelik pula jika ada dakwaan sebegitu.

Saya kurang pasti apa motifnya. Jangan pantas menjatuhkan hukuman hanya kerana pengurusan saya pernah menolak tawaran tertentu. Memang sebelum ini ada tawaran berlakon untuk RTM tapi saya sudah terikat dengan produksi lain.

Tak adil untuk terus meletakkan kesimpulan sebegitu. Mengenai kononnya saya meminta bayaran untuk sidang media itu memang tak benar sama sekali. Tak pernah wujud hal berkenaan. Saya sendiri jenis ringkas dan berani bersumpah tak pernah melakukan hal seperti yang didakwa itu.

Buat Siti Saleha beliau tidak merasa pelik  jika dituduh sedemikian dan sudah terbiasa dengan keadaan tersebut kerana sebelum ini ada pihak yang cuba menjatuhkannya.

Sejak saya berlakon drama Nora Elena lagi dahulu, ada pihak yang sanggup mengeluarkan gambar lama saya yang bertujuan mahu menjatuhkan. Jadi saya rasa bukan sesuatu yang pelik jika ada dakwaan negatif sebegini timbul.

Untuk seseorang artis itu menghadiri sidang media ia terkandung didalam aktiviti seharian mereka. Jadi agak tidak wajar untuk meminta bayaran daripada penganjur yang pernah menaikkan nama mereka. Dengan penjelasan oleh Siti Saleha ini, harapnya tiada pihak yang memandang serong terhadap beliau lagi. Seeloknya selidik dahulu sebelum menuduh.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by Bella | April 27th, 2015

Shaheizy Sam mengakui bahawa Syatilla Melvin mempunyai ciri-ciri wanita idamannya. Bersikap rendah diri serta tidak hipokrit dan paling penting pandai mengambil hati juga menghormati orang tua antara sikap Syatilla yang cukup menarik hati Sam.

Saya memang bukan seorang yang mudah meluahkan rasa cinta. Seingat saya kali terakhir saya meluahkan perasaan cinta kira-kira enam tahun atau tujuh tahun lalu.

Saya bukan jenis yang suka menabur janji manis kepada wanita. Kalau berkawan dengan saya perlulah ada dasar percaya, jadi kalau wanita itu rasa ada masa ke depan dengan saya dan dia sanggup tunggu, maka tunggulah.

Tapi jika dia rasa ada orang yang lebih baik, pergilah…saya tidak kisah. Bagaimanapun, saya akui senang berkawan dengan Syatilla sebab dia tidak hipokrit, pandai bawa diri dan tahu menghormati orang. Ciri yang dimiliki Syatilla itu memang ciri wanita idaman saya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Sam memberitahu  jodohnya sudah dekat dan bersedia untuk berkahwin. Mengetahui Sam dan Syatilla kini sedang hangat bercinta, ramai peminat yang mengatakan bakal isteri Bintang Popular Berita Harian 2014 itu adalah Syatilla.

Walaubagaimanapun, Syatilla tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai hal tersebut begitu juga dengan Sam yang hanya akan mengumumkan perkara tersebut bila tiba masanya nanti.

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

Written by Bella | April 27th, 2015

Semalam, Sam Bunkface telah selamat bergelar suami kepada Aida Azira dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building, The Mines  hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Al-Islam Serdang Jaya, Ustaz Mohd Ramizi. Pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan.

Aida telah menerima mas kahwin berjumlah RM 1000, senaskah Al-Quran, sebentuk cincin, sehelai sejadah dan sepasang set telekung. Pihak lelaki pula dibalas dengan sebentuk cincin,snaskah Al-Quran dan sehelai sejadah.

Selepas sahaja selesai acara akad nikah, majlis resepsi pihak lelaki telah diadakan semalam di tempat yang sama. Bagi majlis resepsi pihak perempuan pula akan diadakan tanggal 2 Meri depan di Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan ini memilih untuk berbulan madu di Koh Tao, Thailand selama lima hari kerana mereka sememangnya  mencintai suasana pantai dan melancong.

Kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah kepada Sam dan Aida. Semoga kekal sehingga akhir hayat dan dilimpahi rezeki serta kebahagiaan dengan lebih lagi.

Lagi beberapa foto majlis akad nikah serta resepsi Sam Bunkface dan Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Instagram Sam Bunkface

 
Written by Bella | April 26th, 2015

Sekitar petang tadi telah berlangsung majlis aqiqah anak perempuan Fizz Fairuz dan Almy Nadia iaitu Afrina Arianna yang dilahirkan tanggal 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur.

Majlis dengan tema warna jambu itu cukup meriah dan disertakan dengan majlis cukur jambul juga aqiqah buat anak angkat Almy Nadia, Nur Afrina Darwisyah.
anak fizz fairuz Memang jelas sinar kebahagiaan keluarga ini dan kami dapat melihat wajah gembira Fizz Fairuz dan Almy Nadia meraikan puteri mereka  yang pertama.

Mari kita lihat foto majlis aqiqah Afrina Arianna dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit foto: Instagram Fizz Fairuz & The Permaisuris