Written by Bella | March 19th, 2015

Telah menempuhi pelbagai cabaran hidup dalam berumah tangga, sedar atau tidak perkahwinan penyanyi Alyah dan Ramli MS sudah masuk tahun yang kedua. Walaupun dihimpit gosip, cinta kedua-dua mereka masih kukuh dan semakin bahagia.

Bagi memperingati bahtera yang dibina, Alyah telah menujukan ucapan khas buat suami tercinta dengan luahan yang cukup romantis dan menyentuh hati. Bait itu telah disampaikan menerusi sebuah kad khas yang dihadiahkan buat Ramli MS.

Pada pendapat kami, Alyah adalah seorang isteri yang cukup tabah dari segi mental dan fizikal, kerana ia bukan senang untuk  lari daripada sebarang spekulasi yang mampu mengugat rumah tangga mereka. Semoga Alyah dan Ramli MS akan kekal sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita: Instagram Alyah

 

Written by serenity | March 19th, 2015

Kalau anda rajin mengikuti drama atau filem tempatan, pasti pernah terlihat wajah Syazwan Zulkifly di kaca televisyen. Antara lakonannya yang mendapar perhatian ialah dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 membawakan watak antagonis.

Tak tahulah, mungkin wajahnya itu yang nampak nakal membuatkan dia sering ditawarkan watak jahat. Untuk pengetahuan anda, menerusi laporan Utusan Online, Syazwan masih belum punya kekash jadi gadis-gadis di luar sana bolehlah try.

Saya kalau boleh tidak mahu mak saya tahu. Mungkin benda ini kecil dari pemerhatian mereka namun bagi keluarga penerimaan mereka mungkin boleh jadi berbeza. Sebagai pelakon saya tahu saya perlu bersedia soal ini, tetapi kalau boleh elak saya akan cuba elak sebab memikirkan kesannya kelak. Ibu saya memang tidak ada masalah, mungkin kalau saya ada teman wanita dia pula yang pelik memandangkan saya memang berkongsi semuanya dengan dia. Buat masa ini saya hanya mahu berikan tumpuan buat kerjaya dahulu, tetapi kalau ada saya akan kongsikan

 


Asyik-asyik bawa watak jahat, mesti ada yang menganggap perwatakan sebenar Syazwan memang sebenarnya sebegitu. Di Malaysia saja, ada yang mengaku dibenci orang ramai kerana berjaya membawakan watak penjahat atau antagonis dengan berkesan.

Bila sudah selalu sangat bawa watak sebegini memang melekat sangkaan yang tidak baik, tetapi saya percaya itu hanya akan dipercayai orang luar dan bukan orang yang kenal saya. Saya tidak kisah kerana apa yang saya lakukan adalah untuk watak jadi itu sudah menjadi tanggungjawab saya.

Saya lihat ini ada dua bahagian, positifnya bila orang percaya dengan bakat lakonan saya bila terus ditawarkan dengan watak ini. Negatifnya pandangan orang yang kononnya watak yang saya bawa adalah diri saya yang sebenar, memang itu adalah perkara yang saya tidak boleh buat apa-apa.

Dan memang tidak disangka-sangka di sebalik watak antagonistik yang sering dibawa, Syazwan sebenarnya seorang yang pemalu.

Mungkin bila selalu sangat bawa watak jahat ada orang labelkan saya begitu, tetapi jujur saya memang sukar naik marah. Saya juga sebenarnya seorang yang pemalu, itu antara sikap saya yang orang tidak tahu.

Ialah, mungkin selepas ini Syazwan akan diberi peluang untuk membawa watak hero atau protagonis pula. Pada masa itu mungkin persepsi masyarakat akan berubah. Apa pun jika persepsi masyarakat terhadap anda menjadi negatif kerana watak jahat yang sering dibawakan, itu petanda lakonan anda menjadi dan berkesan. Patut rasa gembira tu. Good luck buat Syazwan.

Written by Bella | March 19th, 2015

Tugas sebagai penyampai radio bukanlah mudah, ia memerluka kreativiti serta kesabaran yang tinggi kerana anda hanya bercakap seorang diri  untuk menceriakan suasana dan kadang-kala akan menerima panggilan daripada pendengar yang mempunyai seribu satu ragam.

Akibat keceluparan penyampai radio Kieran yang telah memanggil seorang pendengar dengan gelaran Sakai, pihak stesen Sinar FM telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial Facebook rasmi mereka.

Ada yang mengatakan Kieran tidak sengaja mengucapkan perkataan tersebut apabila panggilan yang diterima terputus taliannya.

Setiap penyampai di Sinar FM mempunyai kod yang mereka harus patuhi dan pihak mereka berjanjji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi serta telah mengambil tindakan ke atas Kieran.

Walaupun Kieran rasa geram panggilan tersebut terputus, tidak bermakna anda boleh bercakap ikut suka hati anda. Lagipun, Kieran sudah mempunyai pengalaman yang lama sebagai penyampai radio, takkanlah anda tidak tahu etika ketika bekerja?

 

Written by AbangNara | March 19th, 2015

Sedih Abang Nara mendengar apa yang berlaku kepada Ifa Raziah. Walaupun sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, masih ada juga pihak yang menawarkan pelakon/penyanyi ini bayaran seciput RM500. Kalau Abang Nara jadi Ifa Raziah, memang terbakar juga jiwa dibuatnya. Iyerlah, Ifa bukanlah orang baru, pengalaman pun banyak, persembahan pun tip-top dan paling penting, menghiburkan. Takkan bayar RM500 je kot?

ifa raziah

Lebih menyedihkan apabila artis baru yang muka pun tak berapa dikenali boleh diberikan tawaran beribu-ribu ringgit. Kadangkala pihak penganjur kenalah faham artis senior ini tua-tua berisi. Janganlah sebab artis lama, dipandang sebelah mata sahaja. Kata Ifa Raziah kepada wartawan ManggaOnline:-

Nak Ifa menyanyi, ada juga yang nak Ifa berlakon tapi nak bayar Ifa, RM500 saja. Ada ke patut Kak? Bila Ifa cakap macam ni, nanti ada yang kata Ifa ni demand pulak. Ada juga yang kata Ifa belum menang sebarang anugerah jadi tak boleh nak demand sangat.

Kak, Ifa ni bukannya jenis orang yang letak harga. Tapi setelah 20 tahun pengalaman dalam bidang ini, Ifa rasa Ifa layak menerima bayaran yang sepatutnya. RM500 tu bayaran masa Ifa baru-baru keluar menyanyi dulu Kak. Sekarang dah tahun 2015, semua benda pun dah nak ada GST.

Kadang-kadang Ifa tak faham, boleh pulak diorang bayar lebih tinggi kepada artis baru. Soal kurang pengalaman nampaknya tidak diambil kira. Ifa kenalah ada harga diri juga Kak. Diri Ifa adalah produk kepada nama Ifa Raziah.

ifa raziah

Di Malaysia ini sememangnya artis senior kurang dipandang oleh kebanyakan pihak. Nasib baiklah semenjak dua ini ada program seperti GegarVaganza yang mampu memberikan publisiti kepada artis-artis senior. Sekurang-kurangnya bila bagi tawaran itu, biarlah berbaloi dengan masa dan tenaga. Kesian juga kat Ifa Raziah dan mereka yang seangkatan dengannya. Diharap lebih banyak pihak yang prihatin.

ifa raziah

P.S: Wah!!! Nampak ekslusif dan menarik kad kahwin ini kan? Sekarang ini memang tak banyak pilihan kad kahwin yang ekslusif, menarik dan betul-betul nampak macam utusan raja sehari. Lagi best bila harga pun berpatutan dan banyak pilihan. Jadi tunggu apa lagi? ‘Lets Invite Your Guests In Style’ bersama www.duasejoli.com.my. Selamat pengantin baru!!!

Page 20 of 54« First...10...1819202122...304050...Last »