Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sinar FM Mohon Maaf Kerana Keceluparan Kieran Panggil Pendengar Sakai

Tugas sebagai penyampai radio bukanlah mudah, ia memerluka kreativiti serta kesabaran yang tinggi kerana anda hanya bercakap seorang diri  untuk menceriakan suasana dan kadang-kala akan menerima panggilan daripada pendengar yang mempunyai seribu satu ragam.

Akibat keceluparan penyampai radio Kieran yang telah memanggil seorang pendengar dengan gelaran Sakai, pihak stesen Sinar FM telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial Facebook rasmi mereka.

Advertisement

Ada yang mengatakan Kieran tidak sengaja mengucapkan perkataan tersebut apabila panggilan yang diterima terputus taliannya.

Setiap penyampai di Sinar FM mempunyai kod yang mereka harus patuhi dan pihak mereka berjanjji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi serta telah mengambil tindakan ke atas Kieran.

Walaupun Kieran rasa geram panggilan tersebut terputus, tidak bermakna anda boleh bercakap ikut suka hati anda. Lagipun, Kieran sudah mempunyai pengalaman yang lama sebagai penyampai radio, takkanlah anda tidak tahu etika ketika bekerja?

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top