Written by AbangNara | June 21st, 2014

Nampaknya Amy Search sudah tidak menahan kesabaran dengan tingkah laku anaknya, Nabila Huda. Terbaru, Amy telah memaki hamun anaknya sendiri dengan perkataan agar kasar di sebuah gambar yang dimuat naik oleh Nabila Huda. Gambar tersebut menunjukkan Nabila seolah-olah mencium seorang lelaki yang identitinya tidak diketahui.
amy search maki nabila hudaAgak terkejut juga Abang Nara dengan perkataan yang digunakan oleh Amy Search. Marah sangat dah tue. Mungkin Amy sendiri tak tahan melihat tahap kesosialan anaknya. Abang Nara sendiri dapat rasai kemarahan tersebut. Namun Nabila Huda menerusi akaun Twitternya telah meminta bapanya memperbetulkan keadaan.

nabila huda

Kalau ayah sendiri dan mengamuk dan maki hamun sebegini, Nabila Huda rasanya perlu lebih sensitif ketika berkongsi gambar di akaun media sosial. Kepada Amy, bersabarlah. Sesungguhnya ada kata pepatah yang menyebut ‘menjaga lembu sekandang lebih senang daripada menjaga anak perempuan seorang’.

Written by AbangNara | June 20th, 2014

Walaupun Malaysia tidak memasuki Piala Dunia 2014, Abang Nara dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk meraikan acara sukan paling besar di dunia ini. Pasukan kegemaran Abang Nara tak lain tak bukan ialah Brazil. Kemenangan pada perlawanan pertama telah mencerahkan peluang Brazil untuk layak ke pusingan seterusnya. Jadi apabila mendapat jemput ke #OlaBola World Cup Party anjuran Astro .Abang Nara dengan bangganya pergi ke sana dengan memakai jersi Brazil.

ola bola astro

Dengan kehadiran puluhan bloggers di Stadium Astro #OlaBola World Cup Party di Hongdaemun Café, One City Subang Jaya, memang terasa sangat kemeriahan Piala Dunia 2014. Masing-masing hadir memakai jersi pasukan negara kegemaran. Ada yang German, ada Spain, ada Netherlands dan banyak lagi. Dihoskan oleh Jun serta Reuben dari AstroSuperSport, banyak aktiviti menarik yang telah kami lakukan untuk menambahkan lagi keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014. Sambil bergembira, sambil dapat peluang bawa balik hadiah. Tak gitu?

ola bola astro

Menariknya kesemua aktiviti yang dianjurkan menggunakan applikasi khas Astro sempena Piala Dunia 2014. Ada 4 applikasi kesemuanya iaitu Astro Go 2014 Fifa World Cup, Astro On The Go , Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro. Abang Nara sempat mencuba Ola Bola Football Predictor. Menarik juga applikasi ini. Katakan kita sedang menonton perlawanan Spain menentang Netherland secara ‘live’, kita boleh meneka keputusan akhir perlawanan tersebut, pasukan mana yang akan menjaringkan gol terlebih dahulu, pasukan mana dapat kad kuning dan macam-macam lagi. Paling best ialah applikasi Ola Bola Football Predictor ini berfungsi ‘real time’. Contoh ketika sepakan sudut, anda akan ditanya apa yang akan terjadi kepada sepakan sudut tersebut. Gol ke, keeper akan selamatkan ke, tendangan melencong jauh ke. Setiap tekaan yang betul akan mendapat markah. Pemenang dengan markah tertinggi selepas tamatnya Piala Dunia 2014 akan membawa pulang sebuah meja Foosball. Menarik bukan?

ola bola astro

Bagi peminat bola sepak tegar yang mahu mendapatkan ulasan, keputusan terkini dan juga video highlight, applikasi Astro Go 2014 Fifa World Cup adalah yang terbaik untuk anda. Kalau ada football pass, boleh tengok kesemua 64 perlawanan di dalam applikasi ini. Pagi-pagi kalau tak tengok perlawanan, perkara pertama yang Abang Nara akan buat ialah buka applikasi ini untuk mengetahui keputusan perlawanan. Paling best boleh tengok highlight perlawanan tersebut. Kalau rasa nak tengok ‘full game’ pun boleh kerana ada fungsi ‘match replay’. Banyak lagilah ciri-ciri ‘super best’ applikasi ini. Pada pendapat Abang Nara, boleh dikatakan ini ialah applikasi terbaik untuk Piala Dunia 2014. Semua benda ada di dalamnya.

ola bola astro

Berbalik kepada #Ola Bola World Cup Party yang Abang Nara hadiri, kesemua blogger yang hadir dibahagikan kepada kumpulan untuk menjayakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan lagi suasana. Antara aktiviti kegemaran Abang Nara ialah menendang bola untuk mendapatkan langganan siaran Piala Dunia 2014 secara percuma dari Astro On The Go. Nampak macam senang, tapi susah jugak rupanya. Selaku lelaki macho takkanlah Abang Nara nak tendang slow-slow dan sekadar dapat ’30 Free Matches Live’. Sasaran Abang Nara sudah tentu yang ’64 Matches Live’. Namun susah sebenarnya nak tendang tepat ke sasaran. Memang ke laut jugak tendangan Abang Nara. Heheh.

ola bola astro

Selain itu kesemua blogger diberikan cabaran berdasarkan 4 applikasi khas Piala Dunia 2014 Astro. Menarik-menarik juga cabaran yang diberikan. Salah satunya ialah menggunakan applikasi Whose Side Will You Take di laman olabola.my untuk memilih pasukan pilihan. Rupa-rupanya di dalam applikasi ini gambar wajah kita boleh di’edit’ untuk diletakkan bendera pasukan pilihan. Menarik juga aksi-aksi para blogger mengambil gambar ‘selfie’. Sempatlah Abang Nara rakamkan gaya-gaya macho, comel dan cute mereka ini. Hehehe.

ola bola astro

Sedikit makluman untuk mereka yang tiada Astro di rumah, anda masih berpeluang untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 hanya dengan memuat turun applikasi Astro On The Go. Daripada 64 perlawanan, 30 perlawanan boleh ditonton secara PERCUMA untuk kesemua rakyat Malaysia. Kalau terasa nak tengok perlawanan yang tak ditawarkan secara percuma, anda masih boleh berbuat demikian dengan hanya membayar RM6 untuk setiap perlawanan. Mudah kan? Jadi walaupun tak ada Astro, masih boleh layan bola dengan applikasi Astro On The Go ini. Ini semua Abang Nara tahu selepas mendengar penerangan daripada rakan-rakan blogger yang khusyuk mencuba applikasi ini di #OlaBola World Cup Party.

Whose Side Will You Take? Abang Nara Team Brazil!

Memang bahang Piala Dunia 2014 semakin hangat dirasai selepas Abang Nara menghadiri Stadium Astro #Ola Bola World Cup Party ini. Kawan-kawan blogger yang menang hadiah tentulah lagi gembira dan seronok di malam tersebut. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua para pemenang. Abang Nara sangat gembira kerana dapat tahu lebih lanjut mengenai 4 applikasi Piala Dunia 2014 oleh Astro ini. Memang sangat-sangat memudahkan peminat tegar bola sepak macam Abang Nara ini. Terbaik!!

ola bola astro

Jadi korang tunggu apa lagi? Muat turun applikasi iaitu Ola Bola Football Predictor, Stadium Astro, Astro Go Fifa 2014 World Cup dan Astro On The Go sekarang juga di Google Store dan Apple PlayStore untuk anda menikmati keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014.

Written by AbangNara | June 20th, 2014

Hari Raya bakal menjelang tiba. Abang Nara pasti anda sekarang sedang membuat kira-kira untuk membeli belah agar kelihatan ceria dan menarik di pagi Syawal. Macam mana kalau Abang Nara katakan ada cara yang AMAT MUDAH untuk anda memenangi RM100,000 sekaligus boleh berbelanja sakan tak ingat dunia. Menarik kan? Jeng, jeng, jeng….

tumix

Ya kalau anda masih ingat lagi, Abang Nara pernah kongsikan mengenai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah yang akan tamat pada 20 Julai ini. Fuh~~ Menurut informasi yang Abang Nara terima, memang banyak penyertaan yang telah diterima. Mana tidaknya, selain hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000, pelbagai hadiah menarik seperti barangan eletrik (tv, peti sejuk, mesin basuh) turut sama ditawarkan. Hadiah saguhati setiap 2 minggu yang bernilai RM5,000 pun turut sama ditawarkan. Memang boleh kelabu mata dibuatnya. Lagi best, hanya 5 langkah sahaja yang diperlukan untuk menyertai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini.

Meh sini Abang Nara terangkan dengan lebih mendalam mengenai 5 langkah untuk menyertai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini.

LANGKAH 1
Minta sampel percuma TUMIX® Kuah di laman web www.tumixkuah.com.my.

LANGKAH 2
Apabila sampel sudah tiba di rumah anda, MASAK hidangan anda dengan  TUMIX® Kuah 

LANGKAH 3
RASA dan alami sendiri keenakan masakan yang dimasak bersama TUMIX® Kuah

LANGKAH 4
Ambil gambar anda bersama masakan tersebut / pek TUMIX® Kuah (dengan muka WOW sebab teruja sebab sedap sangat). Jangan lupa untuk sertakan komen bertulis mengenai pengalaman anda tidak melebihi 10 patah perkataan.

LANGKAH 5
Hantar borang penyertaan melalui pos biasa atau menerusi Internet di laman web www.tumixkuah.com.my

Senang kan? Hehehe. Abang Nara dah tengok beberapa penyertaan yang dihantar menerusi www.tumixkuah.com.my. Memang semuanya kreatif-kreatif belaka. Boleh tahan juga kreativiti rakyat Malaysia ini rupanya. Nampak gayanya kalau Abang Nara nak menang, kenalah buat yang lebih power dan lebih unik daripada mereka yang dah join.

tumix

Oleh kerana Abang Nara pun nak menang RM100,000 (sapa taknak wei, banyak kot), maka petang tadi diri ini telah masuk ke dapur untuk menunjukkan bakat masakan. Hehehe. Abang Nara masak ayam masak kurma je. Mudah. Namun kelazatannya bertambah apabila TUMIX® Kuah dicampurkan ke dalamnya. Yummy!! Wife Abang Nara makan tambah 2 kali tue. Power gak Abang Nara masak.

tumix

Abang Nara dah hantarkan gambar di atas secara online di www.tumixkuah.com.my. Kalau tak ada rezeki nak menang RM100,000, dapat menang hadiah bernilai sehingga RM5,000 yang diberikan kepada para peserta setiap 2 minggu pun dah cukup bagus dah. Kalau ada rezeki lebih, mana tahu boleh menang pelbagai hadiah menarik seperti barangan eletrik penajaan Toshiba. Tak rugi pun cuba sebab senang sangat nak sertai peraduan TUMIX® Cabaran Rasa Kuah ini. Lepas masak tue, korang ambil je gambar dan upload. Tak ke senang tue?

tumix

Jadi korang tunggu apa lagi? Senang gila kot nak sertai peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini. Takkan semudah ini pun korang taknak join lagi? Kalau Abang Nara menang nanti, jangan berputih mata pulak. Heheh. Sekali lagi Abang Nara ingatkan, peraduan TUMIX ® Cabaran Rasa Kuah ini akan tamat pada 20 Julai ini. Jadi silalah bersegera untuk menyertainya. Hadiah utama RM100,000 tue. Takkan taknak kot? Maklumat lanjut, layari www.tumixkuah.com.my.

Written by AbangNara | June 20th, 2014

Ok ini satu perkembangan yang menarik. Rita Rudaini telah tampil menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda Abang Nara dan juga mendedahkan yang bekas suaminya, Aidil Zafuan sebenarnya takut kepada isteri barunya, Zarema Zainal. Malah Rita mendakwa yang Aidil pernah berjumpa dengannya sebelum berkahwin dan mahu membatalkan perkahwinan tersebut. Terkejut Abang Nara mendengar pendedahan ini.
aidil takut biniSatu persoalan yang bermain di minda Abang Nara ialah bagaimana Rita boleh mengetahui yang applikasi Whatsapp dan WeChat milik Aidil disekat oleh Zarema. Menurut Rita, perkara tersebut diberitahu oleh Aidil sendiri. Agak menarik pendedahan yang dibuat oleh Rita menerusi MediaHiburan ini. Sama-sama kita baca.

Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara ‘video call’. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa ‘history’ panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan.

Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak. Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya. Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya. Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).

Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya. Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat.

Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya. Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya.

Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.

Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.

Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.

Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya. Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya.

Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan,” ujar Rita lagi.

Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.

Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya.

Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap ‘silent killer’ seperti dia

rita dan aidil

Dasyat sungguh pendedahan yang dilakukan oleh Rita Rudaini ini. Adakah ini benar? Hanya Rita, Aidil dan Zarema sahaja yang tahu. Kalau benar-benar terjadi, memang agak menyeramkan juga sebab nampak Aidil dan Zarema sangat-sangat bahagia. Tak apalah. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut Aidil.
edzP.S: Fesyen untuk wanita sofistikated seperti anda. Beli secara online di www.edz.com.my atau kunjungi butik EDZ di Bandar Baru Bangi, Wangsa Melawati KL, dan Shah Alam. Hotline 03-89123410. 

 

Page 10 of 32« First...89101112...2030...Last »