Written by AbangNara | November 22nd, 2013

Kalau semalam Abang Nara telah berkongsikan tarikh 14.12.2013 sebagai majlis resepsi perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri, dilaporkan bahawa majlis pernikahan mereka berdua bakal berlangsung pada 11.12.2013 di Muzium Diraja Istana Negara lama kira-kira jam 3 petang.

jovian mandagie dan nina ismail sabri

Pasangan sama cantik sama padan ini akan bertemakan tradisional Melayu dan Jawa. Jovian yang mempunyai darah keturunan Jawa telah pun melamar Nina pada 14 Februari lalu. Untuk makluman, majlis resepsi 14 Disember di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur adalah untuk sebelah pengantin perempuan, manakala pada esok harinya akan diadakan majlis untuk pihak lelaki di hotel yang sama.

jovian mandagie dan nina ismail sabri

Semoga segalanya berjalan lancar buat pasangan ini. Jutaan tahniah diucapkan sekali lagi atas berita gembira ini. Beberapa lagi gambar Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

bestbuy world

 

P.S: Minyak wangi, handbag, alat solek dan segala macam barang keperluan yang anda ingin ada di BestBuy-World. Lebih menarik harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Anda pasti terkejut dan tak percaya. Apa tunggu lagi? Layari my.bestbuy-world.com dan LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk melihatnya sendiri.

 
Written by AbangNara | November 22nd, 2013

Ok Abang Nara sebenarnya kagum dengan Faezah Elai yang berjaya menguruskan badannya dengan sangat cepat selepas melahirkan anak baru-baru ini. Ramping macam anak dara. Terkejut jugak Abang Nara melihat kekurusan Faezah Elai menerusi gambar yang dikongsikannya menerusi Instagram. Slim sangat!!!
faezah elai kurus

Kurus kan? Apa agaknya teknik yang digunakan oleh Faezah Elai untuk mendapatkan badang seramping ini? Yang nyata, ada peminat yang mengkritik kononnya Faezah Elai sengaja mahu menayangkan bentuk badannya menerusi gambar yang dikongsikannya. Mungkin ada yang “cemburu” tidak mendapat badan secantik dirinya. Faezah Elai menafikan kritikan tersebut seperti di bawah:-

faezah elai kurus

Ada betulnya juga kata Faezah Elai di atas kan? Namun biasalah manusia mana yang tak cemburu dengan kerampingan badan yang dimiliki oleh Faezah. Abang Nara yang lelaki pun jeles jugak. Diharap Faezah dapat kongsikan rahsianya dengan kita semua.
faezah elai kurus
Apa kata anda? Wajarkah Faezah Elai berkongsi gambar sebegini rupa dengan para peminatnya? Atau ia seharusnya disimpan untuk tatapan suami tercinta sahaja? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Written by AbangNara | November 22nd, 2013

Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan konsert amal iaitu Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember 2013.
destiniKonsert yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam ini akan menampilkan barisan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah serta penampilan istimewa daripada artis seberang iaitu Rossa dan Pasha Ungu.
destiniObjektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
destiniKetua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali berharap agar sumbangan daripada hasil wang jualan tiket konsert amal ini mampu mengurangkan bebanan sekaligus dapat membantu dalam mengubah destini mereka pada masa akan datang.

 
Written by AbangNara | November 22nd, 2013

Berita baik buat peminat program hiburan Running Man. Selepas pembatalan kehadiran mereka ke Malaysia baru-baru ini, 2 bintang program ini iaitu Lee Kwang Soo dan Kim Jong Kook disahkan akan turun ke Malaysia pada 4 Januari 2014. Kehadiran ini pasti akan mengubati luka yang timbul akibat pembatalan yang terjadi sebelum ini.
lee kwang soo running manWalaupun sering kelihatan bergaduh di dalam Running Man, sebenarnya hubungan Kim Jong Kook dan Lee Kwang Soo adalah sangat rapat seperti abang dan adik. Kim Jong Kook dikenali dengan nama “Harimau” kerana kekuatannya manakala Lee Kwang Soo “Zirafah” kerana ketinggiannya. Mereka berdua akan menemui peminat di Kenangan Wholesale Centre (KWC) bermula jam 7 petang.
lee kwang soo running man
Secara jujur, Abang Nara memang peminat Lee Kwang Soo kerana perbuatan khianatnya yang sangat awesome dan tidak terjangka di dalam program Running Man. Kepada anda yang mahu melihat mereka secara “live”, boleh dapatkan tiket yang bermula dengan harga RM158 di laman web Ticket Pro.

P.S: Volkswagen Golf terima anugerah Kereta Tahun 2013

Page 7 of 27« First...56789...20...Last »