Written by serenity | September 28th, 2013

Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana  mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro  melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.

Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-

pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ

Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.

Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam.

Written by AbangNara | September 27th, 2013

Fuh~~ Abang Nara kalau lenguh leher pun dah rasa stress semacam. Inikan pula Aaron Aziz yang kena sakit sendi tengkuk sehingga menyebabkan lehernya senget. Tak boleh bayangkan betapa sakitnya. Nasib baik dapat cepat kesan menerusi imbasan Xray. Kalau lambat mesti lagi serius jadinya.

aaron aziz sakit

Abang Nara bukan doktor jadi tak faham langsung keputusan ujian Xray yang telah dikongsikan oleh Aaron Aziz menerusi akaun Instagramnya. Namun menurut isterinya, Aaron telah dibenarkan keluar daripada Hospital Prince Court selepas menerima 3 suntikan steroid di leher. Kata Diyana kepada Utusan Malaysia:-

Doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan. Sebab itu dia dibenarkan pulang ke rumah semalam. Memandangkan suntikan itu boleh bertahan sebulan, insya-Allah, bolehlah dia pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua. Memandangkan suntikan itu hanya bertahan selama sebulan, jadi selepas balik dari Cape Town nanti, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan

aaron aziz sakit

Diharap Aaron Aziz dapat membahagikan kerjaya dan masa berehat secukupnya selepas ini. Kerja memang kena pulun, tapi badan biarlah kasi rehat betul-betul. Nanti tak pasal-pasal sakit pulak sampai susah nak kerja. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Aaron Aziz lekas sembuh dan selamat menjalani fisioterapi kelak.
bestbuyP.S: BestBuy-World kembali dengan promosi yang menarik dan barangan-barangan yang terbaru. Dapatkan barangan kosmetik berjenama pada harga yang rendah. Memang betul murah. Tak percaya? Jom layari www.my.bestbuy-world.com untuk pembelian segera. Jangan lupa untuk LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk maklumat lanjut.

Written by AbangNara | September 27th, 2013

Ada satu persoalan menarik yang dbangkitkan oleh pembaca BeautifulNara. Mengapa perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin dikecam hebat sementara perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite dipuji oleh anda semua. Kedua-dua wanita tersebut adalah ibu tunggal. Kedua-dua lelaki adalah anak teruna. Sila fikirkan jawapan anda sambil membaca entri penafian Zain Saidin ini mengenai berita pertunangannya.

zain saidin

Seperti biasa selang sebulan dua, pasti akan kontroversi atau khabar angin yang melanda Che Ta dan Zain. Terbaru, mereka dikatakan telah bertunang secara senyap-senyap. Zain telah tampil menerusi Mstar Online untuk menafikan berita tersebut. Kata Zain:-

Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini? Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan. Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami

che ta

Secara jujur, Abang Nara rasa peminat-peminat sebenarnya dah tak sabar nak melihat pasangan kekasih ini duduk di atas pelamin. Itu yang keluar semua cerita macam ini. Bersabarlah Zain dan Che Ta. Teruskan mengikut perancangan anda. Jangan terburu-buru. Yang nak berkahwin ialah anda berdua. Bukannya orang lain. Tak gitu?

ryaniez

P.S: Promosi hebat daripada jurugambar profesional khas untuk majlis perkahwinan anda. Mereka sudah berpengalaman luas untuk memastikan detik hari bahagia anda diabadikan dengan begitu indah sekali. Inilah peluang anda untuk mendapatkan perkhidmatan berkualit daripada Ryaniez Moments Photography pada harga yang berbaloi.

Written by AbangNara | September 27th, 2013

Sekali-sekala menulis mengenai selebriti sukan tanah air apa salahnya kan? Rasanya satu Malaysia sudah pun melihat rakaman video isteri Mat Yo yang dilihat memaki hamun seorang pegawai keselamatan dengan panggilan “bodoh”, “jantan dayus” dan lain-lain yang telah tersebar di Internet baru-baru ini. Video tersebut ternyata meimbulkan kemarahan orang ramai yang kecewa dengan sikap kurang ajar isteri Mat Yo tersebut.

isteri mat yo

Hari ini menerusi Berita Harian, Siti Aisya (nama isteri Mat Yo), memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Kata Siti Aisya:-

Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak. Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

isteri mat yo

Tidak diketahui pula apakah “kebenaran” yang dimaksudkan oleh Siti Aisya. Mungkin ada cerita di sebalik video tersebut. Yang peliknya, video tersebut telah diupload oleh orang lain dan bukannya Siti Aisya. Katanya lagi:-

Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis

isteri mat yo

Siti Aisya juga turut memberitahu yang dia sebenarnya adalah seorang yang menghormati orang tua. Agak berbeza dengan apa yang anda telah lihat menerusi video tersebut. Katanya lagi:-

Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul

Siapakah yang mencabar Siti Aisya sehingga kelakuan sebegitu timbul daripada dirinya? Hanya Siti Aisya sahaja yang tahu. Rakaman video tersebut terlalu pendek untuk kita membuat kesimpulan sendiri. Sama-samalah kita nantikan siasatan polis. Apa kata anda?

P.S: Perodua bakal perkenalkan enjin aluminium