Written by AbangNara | August 7th, 2013

Fuh ~~ Memang comel sangat-sangat anak Jimmy Shanley nie. Macam Jimmy Shanley versi perempuan. Cute!!! Rasa nak cubit-cubit je. Dan tahun ini, Jimmy Shanley buat pertama kalinya akan berhari raya bersama dengan anaknya, Zahra Rania yang kini sudah berusia 2 tahun.

zahra rania

Berkata kepada Utusan Malaysia, Jimmy mengakui berdebar-debar. Kata Jimmy:-

Memang kali ini lebih bermakna memandangkan saya akan beraya dengan anak saya buat kali pertama. Kalau nak diikutkan memang agak janggal sebenarnya untuk membeli persiapan seperti baju raya untuk anak saya, tetapi saya anggap ini sebagai satu pengalaman baru. Masih lagi rasa berdebar-debar sebab ini pertama kali kami beraya berdua

zahra rania
Walaupun hanya akan berhari raya bersama-sama sehingga raya kedua, Abang Nara rasa itu pun dah cukup dah kot. Yang penting ada giliran. Abang Nara tengok Jimmy pun bahagia sekarang melayan keletah anaknya. Untuk makluman, buat masa ini dalam masa seminggu, Zahra akan bersama Jimmy untuk 3 hari.

Setiap minggu saya akan bersama Zahrah selama tiga hari, walaupun terdetik juga rasa rindu saya akan pastikan waktu dia bersama ibunya tidak diganggu. Soal kepayahan menjadi bapa tunggal ini tidak terlalu terasa memandangkan keluarga sentiasa membantu saya

Bagus Jimmy. Jangan diganggu giliran Zahra dengan ibunya. Patuhi syarat dan peraturan. Kepada Jimmy, selamat berhari raya buat pertama kali dengan anak anda. Jangan lupa bagi duit raya lebih sikit. Beberapa lagi gambar aksi comel mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
zahra raniaP.S: Dapatkan majalah Media Hiburan di atas secara digital di Emall Karangkraf dengan harga SERENDAH RM2.80. Boleh baca di kala menunggu kedatangan tetamu di Hari Raya ini.

 
Written by AbangNara | August 7th, 2013

Hari raya sudah semakin tiba. Pasti Diana Danielle sedang gembira kerana pada hari raya kedua dia akan terbang pulang ke Malaysia daripada Sydney. Kepulangan kali ini bukan sahaja untuk menyabut raya tetapi turut sama menyelesaikan pendaftaran anaknya di sini.

diana danielle

Untuk anda yang tidak tahu, Farid Kamil sebelum ini memberitahu yang dia enggan membuat pendaftaran nama anaknya di Australia kerana tidak digalakkan oleh pihak di sana. Ditanya oleh peminatnya di Instagram, Diana Danielle menerangkan dengan lebih teperinci tentang kesusahan di sana.

diana danielle

Bukan semua proses di negara orang sama dengan negara kita. Pasti Diana dan Farid lebih tahu mana yang lebih untuk anak mereka. Semoga Diana selamat tiba ke Malaysia kelak. Selamat hari raya Abang Nara ucapkan. Kalau nak duit raya untuk anak, meh lah datang beraya ke rumah. Hehehe.

Written by AbangNara | August 7th, 2013

Abang Nara ingat lagi tahun lepas masa Hari Raya, anak-anak buah Abang Nara semua terpacak depan tv. Ingatkan tengok rancangan apa, rupa-rupanya mereka semua tengah syok menonton filem kartun The Smurf. Lagi best filem The Smurf itu telah dialihbahasa kepada Bahasa Melayu.

smurf2

Antara selebriti-selebriti tanah air yang telah meminjamkan suara mereka untuk filem The Smurfs ialah Lisa Surihani, Aznil Haji Nawawi, Zizan Razak, Hafiz dan ramai lagi. Abang Nara pun ada jugak sebenarnya tapi sekadar 2,3 baris dialog sahaja. Hehehe ~~

smurf2Jadi apabila Abang Nara dapat tahu mengenai kedatangan filem The Smurfs 2 di pawagam pada 8 Ogos ini, Abang Nara jadi teruja dibuatnya. Tak sabar nak tahu pengembaraan apa yang akan dialami oleh smurf-smurf comel ini. Yang lagi best, filem ini akan turut ditayangkan dalam Bahasa Melayu di pawagam kelak. Best kan?

smurf2

Filem The Smurf 2 kali ini menyaksikan ahli sihir jahat, Gargamel yang telah mencipta beberapa makhluk nakal dan menyerupai Smurf yang diberi nama Naughties dengan harapan ia akan memberikannya kuasa ajaib. Walau bagaimanapun, apabila dia menyedari hanya Smurf boleh memberikan apa yang diinginkannya itu dan Smurfette tahu sihir rahsia yang berupaya menukar Naughties kepada Smurf tulen, Gargamel bertindak menculik Smurfette dan membawanya ke Paris dimana dia telah disanjung tinggi sebagai ahli sihir terunggul dunia. Terpulang kepada Papa, Clumsy, Grouchy dan Vanity bersama-sama rakan manusia, Patrick dan Grace Winslow untuk menyelamatkan Smurfette! Pada masa yang sama, adakah Smurfette yang selalu berasakan dirinya berbeza daripada Smurfs lain merasai ada hubungan dengan The Naughties, Vexy dan Hackus?
smurf2

Abang Nara berani jamin filem The Smurfs 2 ini akan lebih kelakar dan best. Dengan adanya alihbahasa ke Bahasa Melayu, lagi senang la kanak-kanak nak memahami cerita ini. Teringin juga rasanya nak bawak anak Abang Nara pergi mendengar suara Lisa Surihani, Aznil, Zizan, Elfira Loy dan ramai lagi dalam filem The Smurfs 2 ini. Mesti meriah punya!!

smurf2Jadi jangan lupa untuk beramai-ramai ke panggung wayang bermula 8 Ogos ini untuk menonton filem The Smurfs 2. Mungkin lepas penat beraya di siang hari, boleh bawa anak-anak berehat menonton filem ini di malam hari. Kasi diorang happy. Tak ke gitu? Untuk info lanjut, layari Facebook Sony Malaysia.

Written by AbangNara | August 6th, 2013

Argh ~~~~~~~ Berita baik untuk peminat-peminat pelakon kacak Shah Rukh Khan. Beliau dan rakan-rakan akan hadir ke Malaysia pada 11 Oktober 2013 untuk menjayakan sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalik. Wife Abang Nara terus melompat kegirangan mendengar berita ini.

shah rukh khan di malaysia

Pengumuman awesome ini telah dilakukan di Facebook Hitman Solution yang merupakan sebuah syarikat terkemuka di dalam bab penganjuran konsert. Buat masa ini, belum ada sebarang info lanjut mengenai harga tiket dan info-info lain.

shah rukh khan di malaysia

Kepada peminat-peminat Datuk Shah Rukh Khan, jangan lepaskan peluang keeemasan ini untuk menyaksikan sendiri persembahan mantap beliau. Lepas raya nanti, bolehlah mula hafal lagu-lagu yang sering dinyanyikan oleh beliau di dalam filem-filemnya.

Page 20 of 25« First...10...1819202122...Last »