Kecewa Dengan Sambutan, Lemak Kampung Santan Ialah Filem Terbitan Terakhir Hans Isaac

Hiburan

Kecewa Dengan Sambutan, Lemak Kampung Santan Ialah Filem Terbitan Terakhir Hans Isaac

Pastinya kekecewaan yang dialami oleh Hans Isaac sangat mendalam. Mana tidaknya, daripada apa yang Abang Nara baca, filem arahannya, Lemak Kampung Santan yang turut menampilkan Neelofa sebagai heroin hanya sekadar mengutip RM100,000. Untuk makluman, modal filem ini mencecah sehingga RM1.7 juta. Sedih kan?

lemak kampung santan

Advertisement

Menerusi akaun Twitternya, Hans Isaac memaklumkan bahawa filem Lemak Kampung Santan bakal menjadi filem terakhir terbitannya akibat sambutan yang sangat tidak memberangsangkan ini. Selain menjadi penerbit, Hans Isaac turut sama mengarah dan menjadi hero filem ini.
lemak kampung santan

Abang Nara belum menonton lagi filem ini. Pada pendapat Abang Nara, selain daripada waktu tayangan ketika hari raya, mungkin Hans perlu mencari idea baru yang mampu menarik penonton ke pawagam. Mungkin Hans mempertaruhkan nama Neelofa kali ini, namun nampak gayanya percaturan tersebut tidak menjadi.

lemak kampung santanAbang Nara percaya filem yang mempunyai jalan cerita yang baik, dengan pelakon yang hebat dan promosi yang menarik pasti akan membuatkan orang ingin menontonnya. Kenalah cari resipi yang betul. Jangan hanya salahkan orang lain sekiranya filem anda tidak berjaya. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...