Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yazid Kecewa Anggota Kumpulan Search Tak Datang Melawat

Pedih. Memang pedih ayat yang dikeluarkan oleh Yazid ini. Memang siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. Untuk anda yang tidak tahun, pemain dram kumpulan Search ini telah pun dimasukkan ke hospital akibat kegagalan buah pinggang sejak hari raya ketiga.

yazid

Advertisement

Menurut Yazid, kesemua anggota Search yang lain sudah pun mengetahui dirinya dimasukkan ke hospital. Sayangnya tiada seorang pun yang datang melawat. Kata Yazid kepada Utusan Malaysia:-

Saya tidak tahu mengapa mereka tidak datang, mungkin kerana mereka sibuk beraya dengan keluarga masing-masing atau mungkin juga mereka tidak suka mengunjungi orang-orang sakit seperti saya.

Biasalah resam manusia, sewaktu sihat semuanya baik-baik sahaja tetapi apabila saya sudah sakit seperti ini, tiada siapa yang mahu mengambil tahu

Mungkin anggota kumpulan Search yang lain masih dalam mood beraya sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa melawat rakan seperjuangan mereka. Semoga selepas ini, dapatlah bertanya khabar dengan Yazid dan menjenguknya di hospital. Barulah rakan sejati dan bukannya rakan semasa hendak buat konsert sahaja. Tak gitu?

P.S: Balut kereta? Memang unik dan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top