Written by AbangNara | January 1st, 2013

Kan Abang Nara dah kata Serina Chef Wan tidak bersalah di dalam hal ini. Dalam entri sebelum ini, pemilik gambar yang dikongsikan oleh Serina untuk mempromosikan sebuah produk kesihatan telah menafikan dirinya menggunakan produk tersebut. Siap ada laporan polis bagai!!!

serina chef wan

Sebentar tadi menerusi Twitter, Serina telah menerangkan apa sebenarnya yang terjadi. Melalui internet Serina mendapat info yang lelaki tersebut dikatakan telah berjaya mengurangkan berat badan menggunakan produk tersebut. Jadi Serina telah berkongsi kejayaan tersebut tanpa mengetahui yang gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata.

serina produk

Perkara seperti ini sememangnya biasa terjadi lebih-lebih lagi dengan wujudnya persaingan sengit di antara produk-produk kecantikan yang terdapat di pasaran. Ada pihak yang sanggup membuat testimonial palsu asalkan produk laku. Semoga dengan penjelasan daripada Serina Chef Wan tiada lagi pihak yang memandang serong terhadapnya.

Page 33 of 33« First...1020...2930313233