INTERACTIVE Wall Di Menara Kembar PETRONAS

Hiburan

INTERACTIVE Wall Di Menara Kembar PETRONAS

Pada hari Ahad yang lepas, Abang Nara agak bosan hanya duduk di rumah. Tiba-tiba idea datang menjelma. “Jom sayang kita pergi jalan-jalan kat KLCC,” kata Abang Nara kepada wife tercinta. 20 minit kemudian, kami bertiga sudah tiba di pintu gerbang KLCC.

petronas moto sports

Advertisement

Kalau sebelum ini asal pergi KLCC je mesti untuk bershopping, kali ini Abang Nara buat kelainan. Kami nak cuba naik Sky Bridge Tower. Senang je rupanya nak pergi. Cuma cari Menara 1 dan turun escalator satu tingkat ke bawah.

petronas moto sports

Turun sahaja escalator, Abang Nara dah nampak satu barisan yang panjang. Ramai betul foreigner yang ingin menikmati keindahan pemandangan Kuala Lumpur daripada jambatan gantung KLCC. Tak sangka la pulak.

petronas moto sports

Tengah syok tengok orang ramai di situ, tiba-tiba mata Abang Nara tertumpu kepada sesuatu. Ada skrin besar di hadapan barisan panjang tersebut. Dan ada macam molekul-molekul yang bergerak di dalam skrin itu. Agak menarik!!!

petronas moto sports

Abang Nara dengan pantas bertanya kepada pegawai yang bertugas di situ tentang skrin besar ini. Rupa-rupanya ini ialah Petmos Interactive Wall. Ada unsur liquid dan metal di dalamnya yang agak bergerak berdasarkan pergerakan tangan kita. Abang Nara terasa teruja dan terus mencubanya dengan seorang budak di situ.

Menurut si pegawai bertugas, sekiranya kedua-dua unsur ini bergabung dengan betul, akan muncul reaksi-reaksi tertentu. Sayangnya seperti yang anda lihat di dalam video di atas, Abang Nara gagal membentuk gabungan yang tepat. Sepatutnya ada 5 reaksi seperti video di bawah ini.

Bayangkan sebuah dinding yang mempunyai paparan yang menarik, gorgeous dan akan memberikan reaksi berdasarkan pergerakan anda. Seolah-olah anda bermain dengan bayang-bayang sendiri tetapi bayang-bayang anda memberikan tindak balas yang sangat awesome. Kalau terasa ingin mencuba seni visual yang baru dan sophisticated, inilah peluang anda.

Tempat: Petronas Twin Towers Skybridge Visitor’s Center
Tarikh: Today – 18th Januari
Waktu Operasi: 9:00am – 7:00pm (TBC)

petronas moto sports

Kalau anda pun ada kelapangan masa, ambillah peluang ini untuk mencuba Petmos Interactive Wall dengan tangan anda sendiri. Sila cepat sebelum terlambat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...