Written by AbangNara | September 7th, 2012

Memang berseri-seri wajah Diana Danielle sejak menjadi tunangan orang apabila Abang Nara bertemunya di Saloma Bistro sempena majlis pelancaran filem animasi 3D Supersquad. Diana Danielle merupakan salah seorang penyumbang suara untuk filem yang akan ditayangkan di pawagam pada Disember 2013 ini.

gambar tunang diana danielle

Antara artis lain yang menyumbangkan suara untuk filem yang menelan belanja RM6 juta ini ialah Aaron Aziz, Radhi Khalid dan Dafi. Nanti Abang Nara sharekan gambar Aaron Aziz dan Dafi pula untuk tatapan anda. Apa pun layankan lagi 11 keping gambar Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

gambar tunang diana danielle

P.S: Promo terhebat abad ini. Daripada RM69 hanya dijual dengan harga RM29. Promosi sah hingga ke Ahad ini sahaja. Klik di sini untuk blouse dan klik sini untuk mendapatkan tudung Rabbani.

 
Written by AbangNara | September 6th, 2012

Sebentar tadi Abang Nara menarik satu email yang sangat menarik daripada seorang peminat tegar Yunalis Zarai dan Qi Qushairi. Umum mengetahui yang mereka berdua sedang bercinta. Namun peminat kipas susah nak mati ini mempersoalkan status hubungan pasangan ini. Adakah mereka berdua masih bersama atau sudah pun berpisah?

yuna dan qi berpisah

Rasa ingin tahu tentang status hubungan pasangan ini timbul benak kepala peminat apabila Yuna dan Qi jarang meng-update gambar bersama ataupun Yuna meng-update gambar Qi, dan Qi meng-update gambar Yuna seperti yang sebelum ini menerusi Instagram. Malah gambar profile Twitter untuk pasangan ini telah pun ditukar daripada gambar mereka di hadapan Eiffel Tower kepada gambar lain.yuna qi clash

Selain itu juga, peminat ini agak pelik apabila Yuna dan Qi tidak lagi berbalas tweet romantik seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Tambahan pula Yuna sering menulis status-status emo berunsur kesedihan dan kekecewaan seperti di bawah:-

- “Oh well. Pick a side. Doesn’t have to be mine its ok I’ll deal with it”.
- ” Being alone is scary but at one point in life we have to embrace it”.
- “I dont know who I am, who I am without you. All I know is that I should”
- “Letting things happen naturally from today onwards”
- “i know girls. girls like you especially”.

yuna dan qi

Diharap jika Yuna atau Qi membaca entri ini, silalah rungkaikan segala persoalan yang bermain di dalam kepala peminat tegar anda ini. Abang Nara berharap agar hubungan mereka berdua masih kekal kerana Yuna dan Qi memang sangat sepadan dan sweet like chocolate.

Written by AbangNara | September 6th, 2012

Sedihnya Abang Nara apabila membaca berita sedih ini. Azza Elite yang baru-baru ini berkongsi berita kehamilannya telah pun mengalami keguguran. Jutaan takziah Abang Nara ucapkan kepada Azza dan suami.

azza elite keguguran

Azza Elite juga turut memohon diberi masa untuk bertenang menghadapi situasi ini. Kata Azza kepada portal GUA:-

Cukuplah saya katakan memang benar saya mengalami keguguran. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut kerana emosi saya agak tertekan ketika ini. Tolong berikan masa kepada saya untuk bertenang. Terus-terang saya katakan, perasaan saya benar-benar terganggu kerana banyak pihak yang menghubungi saya bertanya perkara yang sama.

Diharap Azza dan suami tabah menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu untuk bertenang. Jutaan takziah sekali lagi kepada Azza dan suami atas berita ini.

Written by AbangNara | September 6th, 2012

Amboi. Macam boleh buat lirik lagu pulak tajuk entri ini. Hehehe. Miera Liyana yang baru berumur 19 tahun mengakui yang dia bersyukur tersedar daripada lamunan cinta bersama Shah Jaszle selepas mereka berdua putus hubungan. Kini Miera sedar cinta bukanlah segala-galanya.

miera liyana

Biasalah tue masa bercinta memang segalanya manis. Kalau remaja umur Miera Liyana nie, orang kata itu cinta monyet. Namun cinta monyet pun bagus jugak. Boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran di masa hadapan.

Masa bercinta dengan dia (Shahrizal Jaszle) saya rasakan dia adalah segala-galanya sehingga saya lupa tentang perkara lain namun kekecohan dalam perhubungan kami akhirnya memberi saya hikmah yang cukup besar. Saya mengakui sebagai seorang yang masih muda, saya tidak sepatutnya meletakkan soal hati dan perasaan cinta sebagai keutamaan kerana masih banyak perkara yang boleh saya lakukan selain terlalu memikirkan soal berkenaan.

miera liyana
Yang paling penting, Miera Liyana tidak ada menyimpan perasaan dendam terhadap Shah Jaszle. Kata Miera kepada wartawan Mstar Online:-

Saya harus berterima kasih kepada dia kerana berjaya buat saya sedar bahawa cinta bukan segala-galanya dan saya kini gembira dengan kehidupan sekarang. Saya tiada apa-apa perasaan dendam atau marah kepada Shahrizal kerana hubungan kami telah pun menjadi sejarah dan apa juga keputusan yang dia buat adalah untuk masa depannya. Saya doakan yang terbaik buat dia.

Kan bagus gini? Putus cinta tak bermakna kita kena membenci seseorang. In a way matang juga pemikiran Miera Liyana ini. 10 lagi gambar Miera Liyana yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada BuahMulut.