(VIDEO)Rakaman Amatur Percubaan Umat Islam Libya Selamatkan Duta AS

Trending

(VIDEO)Rakaman Amatur Percubaan Umat Islam Libya Selamatkan Duta AS

Di saat sesetengah umat Islam dikecam akibat melakukan keganasan kerana marah dengan sebuah filem yang dikatakan menghina Islam, sebilangan orang Islam lain yang menentang keganasan turut merasa tempiasnya. Bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Namun satu video telah muncul beberapa belas jam lepas memaparkan rakyat-rakyat Libya telah cuba untuk menyelamatkan Duta Amerika Syarikat (AS), Christopher Stevens dengan mengeluarkan beliau dari bangunan kedutaan yang dipenuhi asap tebal.

Terjemahan untuk kata-kata mereka ialah:

“Ada seseorang di dalam. Dia seorang warga asing. Dia seorang warga asing. Bawa dia keluar.”
“Tolong bawa dia keluar. Bawa dia keluar.”
“Lelaki itu masih hidup. Bawa dia keluar.”
“Hidup. Hidup. Allah maha besar!”
“Beri ruang. Ada ahli perubatan di sini? Ada tak yang boleh tolong bawakan kereta dengan cepat?”

Advertisement

Syukur, masih ada umat Islam di Libya yang rasional. Malang sekali. Christopher telah meninggal dunia.

Semoga Tuhan mempermudahkan kehidupan mereka yang cuba menolong, Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...