Written by AbangNara | April 12th, 2012

Teruja sungguh Abang Nara melihat grand prize yang ditawarkan sekiranya anda bermain permainan Who Will Win di The Cube bersempena dengan Axiata Cup. Bukan sebuah tapi 2 buah Nissan Livina X-Gear boleh menjadi milik anda. Senang-senang je boleh dapat kereta baru.

axiata cup

Peluang untuk anda memandu Nissan Livina X-Gear akan tamat pada 1 Mei ini, jadi masih banyak waktu untuk anda merebut hadiah yang sangat awesome ini. Cara-caranya ialah:-

1. Who Will Win Trivia – jawap soalan-soalan mudah mengenai sukan badminton sebanyak manda yang anda mampu

axiata cup

Who Will Win MMS Puzzle– teka kedudukan bulu tangkis di dalam MMS yang diberi
axiata cup

Who Will Win Call Me Tones– download mana-mana Call Me Tones yang ada di The Cube

axiata cup

Dan banyak lagilah cara untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah hebat ini. Selain daripada Nissan Livina X-Gear sebagai hadiah utama, hadiah mingguannya ialah 12 buah Samsung Galaxy Note. Mantap kan? More info boleh layari laman web The Cube.

Written by serenity | April 12th, 2012

Kasihan juga apabila pelakon kacak yang juga merupakan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz risau permohonannya untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) di Malaysia tertangguh berikutan tersebarnya berita yang dia telah pun mendapat taraf tersebut.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Aaron memberitahu yang permohonannya sebenarnya sedang diproses oleh pihak berkuasa.

Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur.

Berita ini mula tersebar di media sosial sejak semalam  dan dilaporkan juga di blog-blog hiburan (bukan BeautifulNara) seperti berita sahih.

Dalam perkembangan lain, Aaron sedang berlakon dalam drama bersiri 20 episod Adam dan Hawa, manakala perkembangan lain yang lebih menarik, ada pihak yang mendakwa mereka ialah Aaronators FC telah menggodam akaun Fanpage Zed Zaidi semalam, berikutan ketidakpuasan hati aktor itu dengan kemenangan Aaron di ABPBH.

Written by serenity | April 12th, 2012

Penduduk-penduduk di Sabah berpeluang untuk menyaksikan persembahan live kumpulan vokal berbakat besar, Putera, di Konsert Koir Kebangsaan “Cintakan Kedamaian” pada pukul 2.30 petang dan 7.30 malam Sabtu ini di Kompleks JKKN Sabah (bersebelahan Perpustakaan Negeri). Kumpulan ini terdiri dari Fizy (Tenor 1),Ezwan (Tenor 2), Izaaq (Baritone) dab Amri (Bass) akan membuat persembahan buat julung kalinya di negeri Sabah.

Merupakan Naib Juara Bakat TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lepas, Putera bakal mempersembahkan lagu Mama di konsert ini yang menampilkan Koir Kebangsaan Malaysia. Sekiranya anda masih belum pernah menyaksikan persembahan Putera, boleh disaksikan di sini:-

Ini pula gambar-gambar dari persembahan Putera di program Hello On Two di TV2 beberapa hari lepas.

Photobucket
PhotobucketLagi 98 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 12th, 2012

Sebelum apa-apa, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha atas kejayaan memenangi Anugerah Bintang Popular untuk kategori Pelakon Drama Wanita Popular. Bagi Abang Nara, Fasha memang layak kerana kebanyakan drama lakonannya pada tahun 2011 semuanya meletup belaka. Dan Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah in advance atas pernikahan Fasha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

kad pernikahan fasha sandha

Harian Metro semalam berkongsi gambar kad jemputan pernikahan Fasha Sandha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini di satu lokasi yang dirahsiakan. Menurut Fasha Sandha, hanya 300 tetamu sahaja yang akan dijemput membabitkan anggota keluarga dan sahabat rapat sahaja. Kata Fasha:-

Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.

Menurut Jejai, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir selesai. Dan Jejai enggan memberikan komen mengenai majlis resepsi yang kononnya akan dilangsungkan di luar negara. Menurut Jejai, majlis yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini.

Page 20 of 32« First...10...1819202122...30...Last »