Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Natasha Hudson Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Carleed Khaza

Di kala Abang Nara sibuk menguruskan majlis aqiqah anak kesayangan, Natasha Hudson telah pun sah bergelar isteri kepada Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal kira-kira jam 11.55 pagi dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

gambar perkahwinan natasha hudson

Advertisement

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Natasha Hudson dan Carleed atas pernikahan ini. Semoga perkahwinan Natasha kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nanti esok Abang Nara uploadkan gambar sekitar majlis pernikahan mereka berdua. Kredit berita Mstar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

126 Comments

  1. terangnampak

    April 16, 2012 at 9:16 pm

    nyeh… tak lawa lah to be honest tapi ucapkan sentiasa bahagia all the same.

  2. Dato minah jambu 24jam mengadap computer

    April 16, 2012 at 7:23 pm

    carleed ke kulet ke kelet ke asal kn nama sudah laaaaaaaaaaa…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama