Written by AbangNara | April 16th, 2012

Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka. Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

bob kuman

“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.

“Ada apa Bob?,” soal saya.

“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
bob kuman
“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
bob kuman
“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob.
bob kuman
“Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.
bob kuman
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob.
bob kuman
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
bob kuman
“Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
bob kuman
“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
bob kuman
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.

‘Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah’. Artikel ini dipetik daripada blog Bersama Mazidul.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

141 responses to Saya Hanya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan – Bob Kuman

  1. hana says:

    kenapa x masuk hosp kerajaan je?

  2. syaza athirah says:

    salam abg nara. my mum mungkin boleh tolong abg bob rasanya. My mum buat medical massage , orang stroke pun dah boleh jalan sekarang ni. Bukan nak cakap besar about my mum, why not kita cuba dulu kan. kalau ada feedback,alhamdulillah . Cuma ingin menolong . Kalau ada apa-2 pertanyaan , hubungi 014 7253220 -haida

  3. loving says:

    knpa dia x msk hospital krjaan je…x ler kos rawatan nye bsr….
    knapa la org yg b’tanggungjwb hanya lps tangan jer….
    kecian dgn bob…..

  4. bbcvb says:

    maybe account been suspend sebab entah2 dah ratus ribu dia dapat… lebih dari yang di perlukan… wow… kaya… takpe.. rezeki dari Tuhan…

    • dynasty says:

      rezeki dia..
      moga2 pasni dia beringat kena ade saving utk masa mendatang
      and semoge dia berbuat baik pulak pasni if betul dah ada ratus ribu..

  5. chentalove says:

    bgus juga cdangan syaza athirah tu…mna tau mama dia dpat tlong…
    blum cba blum tau…
    apa2 pun smoga bob cpat smbuh n sihat kmbali…
    mari kta smua rakyat Malaysia sma2 b’doa…

  6. ANA says:

    TQ zed zaidi… BERUSAHA menolong bob kuman

  7. name says:

    Alahaiii awak2 ni,entry pasal artis itu ini dok mengata,ni entry pasal artis mintak tolong pun nak mengata.Ada je yang tak kena kan? :) Dia cuma mintak bantuan pada sesiapa yang sudi,takde pun dia paksa awak2 yang mengata ni dok masuk duit ke akaun dia ye dak?

    Ikut dia lah nak hospital mana pun,mungkin ada alasan2 tertentu,tapi kita takpayah cara ke benda tu,yang penting siapa yang ikhlas nak bantu,bantu :) Taknak bantu duduk diam2.Tak perlu kita nak mengata dia yang bukan2.Orang tengah sakit kan..cuba letak kita kat tempat dia?Macam mana ye? :)

  8. lantakpilah says:

    doa spy cepat sembuh & sihat. nnt da sihat amalkan cara hidup sihat.
    p/s: artis2 yg dah kaya atas sokongan peminat *cough* undi *cough* xrs ke nk tolong rakan artis lain? peminat tlg artis bila nk up. dah senang tu tlg la plak artis yg xbrp nk senang tu k… panggg!!!

  9. intan says:

    setuju sgt2 komen “x seksi”, kenapalah pergi hospital swasta kalau dah tau bil dia memang mahal. Pergilah hospital kerajaan yg servis dia sama macam hospital swasta juga. Ini melalui pengalaman saya, Hospital Selayang memang Doktor dan Nurse dia d best la. Bil pun x lah mahal..so pikirkanlah duit poket sendiri dulu sebelum nak dptkan rawatan. Jangan dok ingat selesa n glamer je. Simpati juga dgn Bob ni…

  10. OBSERVER says:

    THIS POOR GUY HAS POORLY CONTROLLED HYPERTENSION WITH CONGESTIVE CARDIAC FAILURE, LIKELY WITH PULMONARY EMBOLISM DUE TO HIS MORBID OBESITY. RAWATAN MEMANG MAHAL KAT PRIVATE HOSPITAL. KALAU DAH TAK MAMPU ( WHICH I THINK YOU CAN ASSESS YOURSELF), PLEASE GO TO GOVERNMENT HOSPITAL. THE A&E DOORS ARE ALWAYS OPEN 24 HOURS A DAY. OF COURSE, PRIVATE HOSPITAL CHARGES MEMANG MAHAL SIKIT, BUT KALAU DAH TAK MAMPU, KENAPA MENYUSAHKAN DIRI MASUK HSOPITAL SWASTA? GOVERNMENT HOSPITAL HAS COMPETENT DOCTORS TOO. SAYA HAIRAN DENGAN PEMIKIRAN SESETENGAH MANUSIA DI MALAYSIA NI. WEIRD… NO MONEY, STILL WANT TO GO TO PRIVATE HOSPITALS…..

    • Anonymous says:

      saya lagi hairan dgn komen menggunakan caps, tidakkah anda terasa kurang ajar dgn menggunakan caps? time mintak kerja, dlm resume guna capital letters ke?

  11. arina daniel says:

    Bila dah tahu keadaan gini, esok2 pandai2lah cuba kurangkan berat badan tu. Obesiti biasanya mendatangkan masalah.

  12. faezah says:

    tu la..lain kali ambil la insurans

    Prudential la bagus

    bil hospital 500k tanggung

    adoi. ni la org melayu.. xpercaya insurans

  13. tempawan ajaib says:

    maafkan sy. tapi knp npk mcm yang gbr idong darah tu mcm tampon kat idong bob? maybe sy salah npk.

  14. Faezah says:

    Xkan la artis xde insurans
    Dah sakit mane ade nk kire hospital da
    Terus gi kat yg paling dekat
    Tgk cam aku,amik prudential
    Baru2 ni masuk wad swasta
    Rm5k prudential cover
    Siap dpt elaun lg

  15. Jomjomjom says:

    Kuman ni bkn ramai ke adik beradik?takkan xde yg bantu?

  16. Hamba Allah says:

    Assalammualaikum

    Boleh minta tolong tak?

    Please stop criticising whether or not he must have gone to the giernment hospital and not to the private hosptal or clinics or whatsoever?
    What matters now is that his condition is critical that he needs oxygen/breathing support unlike us who can still breathe freely through the atmospheric oxygen.
    Stop asking him why he chose the private hops in the first place ! ho are we to judge whether or not that his decision back then could have implicated his situation??

    Pasal dia berhutang korang jadi miskin ke?

    Between his debt and chronic illness, you, PENGUTUK, are more likely to focus and talk about the chosen medical institution, which is obviously not in the picture!

    Kuman seberang lautan nampak pulak, semut kat depan tgh bekerja keras kaupijak!

  17. ana says:

    kalau nak kata dari hulu langat tu, the nearest is HOSPITAL AMPANG. Hospital Tawakal is not the nearest hospital. Kalau gitu, knp tak pegi je HKL yg tak sampai 1km to Hospital Tawakal tu? Mmg la kita nak yg terbaik & tak semestinya government hospital tu tak bagus. Fikir2kanlah.. next time check poket dulu sbl nak ke hospital mana

  18. ct says:

    dia ade isteri kan? mane isteri dia eik? kumin dh mninggal?? 4flat, ye ke ??? mane u tau?

  19. siti says:

    pi la hospital kerajaan..ni xde duit bantai swasta..x dapat byr minta kesian dermalah..orang boleh tolong klu sekali dua tp klu dh selalu, mne diorang mampu klu melibatkan ribu riban..x phm la artis ni..jge standard ke pe..klu cmni jd aku bukan kesian tp menyampah, meluat sbb terang2 menyusahkan diri yg sedia susah tu!!

  20. karipap-karipap basi says:

    Tak perlulah kita nak komen hospital mane yang bob nak pergi…bab kesihatan ni kita tak boleh kompromi. Mungkin dia lebih selesa ngan Tawakal, so takde masalah. Tapi bukanlah GH ni tak bagus tapi setiap org ada preference dia tersendiri.
    Aku puji jugak kesungguhan ZZ ni dalam bab kebajikan artis ni, tak kisah le dia nampak macam nak melebih2 daripada HSB, tapi at least dia ada effort ke arah kebajikan artis. HSB mungkin ada effort cuma kita tak nampak @ maybe takde langsung, ALLAH Maha Mengetahui. Tapi aku agak musykil la jugak mane kawan2 seperjuangan dia dulu kan? Takkan Adlin je kot? Artis2 Malaysia ni yang kaya2 ni pandang2 lah sama rakan2 yang memerlukan, tak semua berjaya macam anda. Infakkan le sikit rete tu untuk kebajikan. Doa mereka yang anda tolong adalah saham anda ke akhirat, bukan puji sanjung peminat anda.

  21. rainbow says:

    harap dpat ubah cara hidup setelah sihat nnt..
    yg selalu memerhati dr depan ofis~

  22. zonks says:

    dah sampai cyanosed dah. kesiannya. harap dia cepat sembuh.