Written by serenity | February 27th, 2012

Ini ialah entri santai petang ini. Baca dan dengar sambil makan juadah petang yang panas berserta Kopi ‘O’ atau Teh Tarik pun sodapp. Ianya berkenaan cover lagu mendiang Whitney Houston yang terkenal sekitar 80’an, I Wanna Dance With Somebody’.

Pada 15 Januari tahun ini seorang artis YouTube iaitu Ben Rector telah merakamkan semula lagu Whitney tersebut di Studio Blackwatch dengan gaya sendiri dan beliau telah muat naik video rakaman tersebut pada 22 Februari. Kedengaran lebih kontemporari, rasanya Ben Rector telah melakukan kerja yang baik dengan rakaman ini. Enjoy!

Written by serenity | February 27th, 2012

Di mana-mana majlis anugerah pun, kelibat Angelina Jolie dan pasangannya Brad Pitt sering menjadi tumpuan ramai. Yang terbaru, Angie telah muncul dengan mengenakan sehelai gaun baldu hitam mewah dari koleksi Atelier Versace dan mencuri perhatian orang ramai. Angie memeriahkan majlis bersama Brad, yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, bagaimana pun kalah kepada Dean Dujardin.

Dalam perkembangan terbaru, Angie telah muncul dengan filem pertama arahannya “In the Land of Blood and Honey’’ — sebuah drama dalam perang Bosnia tentang seorang tentera Serbia yang mendapati bekas kekasihnya seorang wanita Muslim, di sebuah kem tahanan perang — telah menimbulkan emosi selepas Perang Balkan.

Ia menerima sambutan hebat di ibu negara Bosnia iaitu Sarajevo, tetapi telah menimbulkan kemarahan orang-orang Serbia, yang mendakwa filem itu ialah propaganda untuk menunjukkan orang-orang Serbia semasa Perang Balkan 1992-95 sebagai orang jahat. Lagi 6 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Getty Images.

 
Written by AbangNara | February 27th, 2012

Abang Nara tahu ramai yang tak sabar untuk melihat lebih banyak gambar majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry, namun diharap anda dapat bersabar untuk sementara waktu. Abang Nara sedang menunggu gambar-gambar daripada official photographer majlis resepsi Lisa dan Yusry. Dan untuk tidak mengecewakan anda yang refresh berpuluh kali, Abang Nara kongsikan beberapa keping gambar majlis resepsi Imam Muda Hassan yang telah berlangsung kira-kira 2 minggu yang lepas.

gambar majlis resepsi imam muda hassan

Dan Abang Nara paling suka dengan video yang diambil oleh Studio Mukmin selepas pasangan ini sah bergelar suami isteri. Sangat terserlah malu-malu pada pengantin perempuan. Comel je ~~

Cute kan? Lagi beberapa keping gambar majlis resepsi Imam Muda Hassan dan Ulfah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Ucapkan terima kasih kepada Studio Mukmin yang sudi berkongsi gambar ekslusif ini dengan LIKE Facebook Studio Mukmin.

 
Written by AbangNara | February 27th, 2012

Memang cantik-cantik belaka gambar majlis perkahwinan Ana Raffali dan Naim yang diambil oleh JanggutTouch ini. Untuk makluman, JanggutTouch adalah juragambar rasmi untuk majlis perkahwinan pengantin baru ini. Abang Nara teruja melihat ke”awesome”an gambar yang dibidik oleh team JanggutTouch.

gambar persandingan ana raffali

Lagi 35 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ana Raffali dan Naim dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau anda sudah jatuh cinta dengan gambar-gambar ini, apa kata lawati laman web JanggutTouch ataupun LIKE Facebook JanggutTouch tanda terima kasih kepada mereka.

 
Page 5 of 31« First...34567...102030...Last »