Written by AbangNara | January 16th, 2012

Adira memang sedang hangat sekarang.  Hangat dengan lagu Ombak Rindu nyanyiannya dan hangat dengan cerita hubungannya dengan seorang pengkid yang bernama Zack. Malah siap ada cerita-cerita yang menyatakan punca putusnya hubungan Adira dengan Hafiz adalah kerana hubungan terlarangnya ini. Namun kaum lelaki di luar sana boleh menarik nafas lega kerana Adira menyangkal tuduhan yang mengatakan dia adalah lesbian

adira

Adira menjelaskan di dalam BiPop semalam yang hubungannya dengan Zack tidak lebih daripada sekadar kawan biasa. Malah Adira dan Zack sudah lama tidak berjumpa. Namun begitu, Adira tidak menafikan yang dia mempunyai ramai kawan daripada golongan pondan dan pengkid. Paling penting, kata-kata Adira di bawah menunjukkan yang dia ialah 100% wanita normal:-

Saya dah letih apabila orang terus bercakap saya mempunyai hubungan terlarang dengan Zack. Terus terang, selera saya masih terhadap lelaki dan mencintai lelaki, saya lurus, bukan bengkang-bengkok. Sekiranya saya keluarr dengan golongan pengkid mahupun pondan, kami tidak pernah keluar berdua, pergi melepak pun beramai-ramai.

Namun Adira tidak menafikan yang dia pernah memanggil Zack dengan gelaran “darling” yang baginya adalah panggilan biasa untuk kawan-kawan perempuan. Abang Nara pun rasa golongan wanita ini memang suka panggil member-member dengan nama sebegitu. So tak ada isu besar di situ. Jadi kepada pria-pria di luar sana, takkan anda nak buat derk je? Adira tengah single tue. Sila mengorat sekarang jugak.

Written by AbangNara | January 16th, 2012

Rozita Che Wan. Satu nama yang memang hangat. Kecantikannya sememangnya menjadi bualan ramai orang. Dan ramai yang berangan untuk mendapat peluang bertemu, berborak dan beramah mesra dengan hot mom ini. Pagi ini, Abang Nara mahu anda merebut peluang itu kerana One Drop Perfumes bakal merealisasikan impian anda.

rozita che wan

Anda berpeluang untuk bertemu dan makan malam secara ekslusif bersama Rozita Che Wan di KL Tower dengan hanya perlu membeli salah satu set minyak wangi daripada One Drop Perfumes.  Senang cerita, beli salah satu set perfume RED daripada One Drop Perfumes di bawah ini dan anda dah layak untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang bertuah:-

1. Set Mini One Drop Perfumes Untuk Wanita
2. Set Biasa One Drop Perfumes Untuk Wanita
3. Single Bottle One Drop Perfumes
4. Set Hadiah One Drop Perfumes

one drop perfumes

Wife Abang Nara dah try set RED daripada One Drop Perfumes ini dan ternyata baunya memang mengancam. Yang lagi penting, kesemua minyak wangi One Drop Perfumes boleh dipakai tanpa was-was oleh orang Islam. So korang tunggu apa lagi? Dahlah badan bau wangi semerbak, dapat pulak peluang untuk bertemu muka dengan si cantik manis Rozita Che Wan. Takkan tak nak kot? Maklumat lanjut di Facebook One Drop Perfumes.

Written by AbangNara | January 16th, 2012

Membaca kata-kata Ally Iskandar tentang pernikahannya bersama Farah Lee yang bakal berlangsung pada 20 Januari ini di dalam KOSMO Ahad, Abang Nara dapat membayangkan keterujaan Ally untuk bergelar suami. Sememangnya tempoh perkenalan mereka berdua sangat singkat, namun bagi Ally, itulah yang menyeronokkan. Kiranya mereka berdua ini bercinta selepas berkahwinlah senang cerita.

farah lee ally iskandar

Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Tambah menarik, beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Apa pun, Ally teruja untuk menyahut cabaran Farah Lee yang mahukan seorang suami yang mampu membimbingnya dunia dan akhirat.

Ikuti temubual penuh Ally Iskandar dan wartawan KOSMO Ahad dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 16th, 2012

Majlis resepsi perkahwinan Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy telah berlangsung malam Rabu lepas di Hotel Crowne Plaza. REDPhotography selaku jurugambar rasmi telah mengeluarkan gambar-gambar mereka dari majlis ini semalam. Kami difahamkan akan ada satu lagi majlis Ezlynn pada 20 Januari ini. Gambar yang dikeluarkan oleh team ini kelihatan lebih lembut tonanya berbanding gambar-gambar sebelum ini.
Photobucket

Lagi 5 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.

***

 
Page 20 of 39« First...10...1819202122...30...Last »