Written by AbangNara | July 30th, 2010

jue aziz baru rambut

Wow. Gambar fesyen rambut terbaru Jue Aziz nie macam pernah kami tengok. Fikir punya fikir. Rupanya lebih kurang sama dengan Farid Kamil. Cantik tue cantiklah berambut begini. Tapi bagi seorang perempuan macam kurang sesuai je.

Tapi kami faham jiwa muda remaja Jue Aziz. Kami pun remaja jugak. Selagi rasa nak buat apa-apa, buatlah. Jangan sampai terlampau sangat sudah la ye. Kepada Jue, semoga terus maju jaya dan sukses dalam dunia industri hiburan.

Lagi gambar fesyen rambut terbaru Jue dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 30th, 2010

kevin zahri rio elani

Macam pinang dibelah dua. Tahniah kami ucapkan kepada Kevin Zahri dan Rio Elani. Dedua sama cantik dan sama padan. Semoga berbahagia sehingga ke ahir hayat nanti. All the best.

Lagi gambar pra perkahwinan Kevin Zahri dan Rio Elani dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Khalil Photography.

 
Written by AbangNara | July 29th, 2010

asian blogger social media conference 2010

Ini bukan ucapan hari Raya sebab puasa pun belum lagi. Cuma Abang Nara nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua, pembaca BeautifulNara. Kerana sokongan dan galakan anda semua, Abang Nara dengan jayanya berjaya memberi satu speech yang agak menarik (lepas dengar komen orang lain) di Asian Blogger Social Media Conference 2010.

Terima kasih jugak kepada stesyen-stesyen TV yang interview semalam. Sempat la jugak interframe kat TV1, TV3 dan Astro Awani. Tak sangka dengan berblogging dapat masuk TV mainstream. Tapi itulah kenyataannya. Dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang turut sama berada di Berjaya Times Square Hotel semalam. Terima kasih Zaid, terima kasih Niki Cheong, terima kasih Michelle, terima kasih Jai yang sudi datang sekejap dan terima kasih semua (anda tahu siapa diri anda).

Kepada semua yang sempat bertukar-tukar name card, Abang Nara akan email anda paling lewat hujung minggu ini supaya kita tak lost contact. Oh ya ucapan terima kasih paling tak terhingga kepada si dia yang sudi menemani dari awal sampailah habis conference. Terharu Abang Nara dibuatnya.

Last but not least, thank you all ~~~I love you guys so much !!!

Written by AbangNara | July 29th, 2010

juara imam muda

Kami tahu ramai pembaca BeautifulNara yang memang mengikuti rancangan Imam Muda. Satu rancangan dari Astro yang lain daripada yang lain. Kami memang sangat-sangat terharu sebenarnya bila program Imam Muda ini dilancarkan oleh pihak Astro. Imam Muda membawa satu dimensi baru dalam industri hiburan tempatan.

Dalam diam tak diam, Jumaat ini (30 Julai) finale Imam Muda akan ke udara secara live di Astro Oasis (Channel 106) jam 9 malam. Siapakah yang bakal bergelar juara Imam Muda pertama? Adakah Hizbur ataupun Ashraf? Bagi kami, untuk rancangan seperti Imam Muda ini tiada yang menang atau yang kalah. Kesemuanya best-best belaka.

Untuk anda yang berada di luar negara ataupun tiada Astro di rumah, anda boleh melayari finale Imam Muda secara streaming menggunakan  Astro B.player. Semuanya adalah percuma. Anda hanya perlu mendaftar di website Astro B.player. Kalau dulu time World Cup, hanya rakyat Malaysia sahaja boleh tengok guna Astro B.player, anda yang berada di luar negara pun boleh guna Astro B.player untuk tengok finale Imam Muda kali ini.

juara imam muda

Dan kalau anda masih tak tahu tentang kewujudan Facebook Imam Muda, anda boleh menjadi salah seorang daripada 50,000 pengguna Facebook yang dah pun like Facebook Page Imam Muda. Banyak interaksi-interaksi ilmiah sedang berlaku di sana. Sila Like secepat mungkin dan join diorang.

Sama-samalah kita tengok finale Imam Muda Jumaat ini jam 9 malam di Astro Oasis (Channel 106) dan juga di Astro B.player.

P.S: Cintailah bahasa kebangsaan.

Page 1 of 1812345...Last »