Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 Malam

juara imam muda

Kami tahu ramai pembaca BeautifulNara yang memang mengikuti rancangan Imam Muda. Satu rancangan dari Astro yang lain daripada yang lain. Kami memang sangat-sangat terharu sebenarnya bila program Imam Muda ini dilancarkan oleh pihak Astro. Imam Muda membawa satu dimensi baru dalam industri hiburan tempatan.

Advertisement

Dalam diam tak diam, Jumaat ini (30 Julai) finale Imam Muda akan ke udara secara live di Astro Oasis (Channel 106) jam 9 malam. Siapakah yang bakal bergelar juara Imam Muda pertama? Adakah Hizbur ataupun Ashraf? Bagi kami, untuk rancangan seperti Imam Muda ini tiada yang menang atau yang kalah. Kesemuanya best-best belaka.

Untuk anda yang berada di luar negara ataupun tiada Astro di rumah, anda boleh melayari finale Imam Muda secara streaming menggunakan  Astro B.player. Semuanya adalah percuma. Anda hanya perlu mendaftar di website Astro B.player. Kalau dulu time World Cup, hanya rakyat Malaysia sahaja boleh tengok guna Astro B.player, anda yang berada di luar negara pun boleh guna Astro B.player untuk tengok finale Imam Muda kali ini.

juara imam muda

Dan kalau anda masih tak tahu tentang kewujudan Facebook Imam Muda, anda boleh menjadi salah seorang daripada 50,000 pengguna Facebook yang dah pun like Facebook Page Imam Muda. Banyak interaksi-interaksi ilmiah sedang berlaku di sana. Sila Like secepat mungkin dan join diorang.

Advertisement

Sama-samalah kita tengok finale Imam Muda Jumaat ini jam 9 malam di Astro Oasis (Channel 106) dan juga di Astro B.player.

P.S: Cintailah bahasa kebangsaan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top