Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Dari Tulus Hati Ini

asian blogger social media conference 2010

Ini bukan ucapan hari Raya sebab puasa pun belum lagi. Cuma Abang Nara nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua, pembaca BeautifulNara. Kerana sokongan dan galakan anda semua, Abang Nara dengan jayanya berjaya memberi satu speech yang agak menarik (lepas dengar komen orang lain) di Asian Blogger Social Media Conference 2010.

Advertisement

Terima kasih jugak kepada stesyen-stesyen TV yang interview semalam. Sempat la jugak interframe kat TV1, TV3 dan Astro Awani. Tak sangka dengan berblogging dapat masuk TV mainstream. Tapi itulah kenyataannya. Dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang turut sama berada di Berjaya Times Square Hotel semalam. Terima kasih Zaid, terima kasih Niki Cheong, terima kasih Michelle, terima kasih Jai yang sudi datang sekejap dan terima kasih semua (anda tahu siapa diri anda).

Kepada semua yang sempat bertukar-tukar name card, Abang Nara akan email anda paling lewat hujung minggu ini supaya kita tak lost contact. Oh ya ucapan terima kasih paling tak terhingga kepada si dia yang sudi menemani dari awal sampailah habis conference. Terharu Abang Nara dibuatnya.

Last but not least, thank you all ~~~I love you guys so much !!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top