Written by AbangNara | April 8th, 2010

noradanishfashasandha

Seiring dan sejalan dengan kemajuan teknologi, wanita-wanita sekarang tak bergaduh dengan cara tarik rambut dah. Itu semua old fashion. Dah tak glamer dan gaduh-gaduh tarik rambut, tarik tudung dan cakar mencakar sesama sendiri.

Teknik terbaru yang digunakan ialah perang mulut menggunakan Twitter. Itulah nampaknya yang sedang dilakukan oleh 2 artis popular tanah air kita, Fasha Sandha dan Nora Danish.

Rasanya semua bermula apabila Fasha Sandha diboo semasa malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Nora Danish dengan pantas telah men”tweet” sesuatu.

twitter nora danish
Namun Fasha Sandha tak mahu mengalah dan menjawap. Mungkin bengang dengan kata-kata dari Nora Danish.

twitter nora danish

Sebenarnya banyak lagi tweet-tweet Nora Danish dan Fasha Sandha yang agak panas yang rasanya ditujukan kepada diri masing-masing. Kalau korang nak tau kenalah follow Twitter Nora Danish dan Twitter Fasha Sandha.

Nampaknya sekarang artis Malaysia dah tak perlukan suratkhabar untuk meluahkan rasa bengang diorang. Guna Twitter lagi bagus, cepat dan berkesan.

Written by AbangNara | April 8th, 2010

ameng spring dadah

Memang betullah kata Wardina yang artis Malaysia tak boleh dijadikan ikon. Macam-macam kes polis yang melibatkan artis-artis Malaysia semenjak dua nie. Kes Benjy pun semakin menarik untuk dibaca. Rupa-rupanya berhampiran rumah Benjy ada satu makmal memproses dadah. Makmal tue dibina hasil belajar dari Internet jer.

Minggu nie sahaja Badrul Muhayat dan Ameng Spring kedua-duanya dah kena tahan dengan polis. Badrul Muhayat disebabkan tuduhan memukul isteri. Ameng Spring pulak sebab ugut bekas isteri dia. Dan yang paling lawak Ameng Spring masa kena soal siasat tue boleh kantoi tengah amik dadah pulak.

Apa nak jadi lah dengan segelintir artis-artis Malaysia kita nie? Mungkin tekanan jiwa yang sangat tinggi menyebabkan diorang bersikap di luar batasan. Tapi kalau nak fikirkan tekanan, lagi tertekan orang biasa macam kita nie yang gaji tak pernah nak cukup.

Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia amiklah cerita-cerita artis nie sebagai pengajaran. Mana yang elok jadikan pedoman. Yang tak elok buang jauh-jauh. Belajarlah dari mereka.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya kes Benjy, Badrul Muhayat dan Ameng Spring. Tunggu ~~~~~~~

Written by AbangNara | April 7th, 2010

abpbh 2009

Banyak sungguh gambar-gambar artis di Malam Anugerah Bintang Popular 2009 (ABPBH 2009). Minggu nie asik letak gambar diorang jer. Yang penting korang kena layan ~~~~

ipad vshub

Di atas ialah gambar iPad yang tengah laris macam pisang goreng panas kat US sana. Setakat nie tak dijual lagi kat Malaysia nie. Tapi jangan risau sebab ada vsHub yang akan membantu anda memiliki iPad.

Dengan vsHub Concierge, korang boleh beli iPad nie dengan mudah sekali. Anda cuma perlu isikan maklumat pasal Ipad yang korang nak beli di Apple Store menggunakan laman web vsHub Concierge.Lepas tue check email anda, buat pembayaran dan pihak vsHub Concierge akan setelkan segala urusan pembelian dan penghantaran. Korang goyang kaki je.

Senang kan? Nak tau lebih lanjut sila terjah vsHub.

 
Written by AbangNara | April 7th, 2010

rafiqin darwisy

Sahabat baik arwah Din Beramboi, Afdlin Shauki dah pun bersuara tentang perbuatan Rafiqin Darwisy yang mengutuk arwah Din Beramboi. Memang betul saranan daripada Abang Afdlin. Jangan dilayan orang macam nie. Gile glamer punya budak.

Untuk pengetahuan anda, sudah ada Facebook Page Kami Benci Rafiqin Darwisy yang mencecah 40,000 fans hanya dalam masa 2 hari. Kami bangga dengan kesensitifan rakyat Malaysia tentang perkara ini.

Buat keluarga arwah Din Beramboi, harap tabah dengan dugaan yang mendatang. Dengar ceritanya rumah arwah Din Beramboi dirompak masa ahli keluarga yang lain sibuk menguruskan jenazah arwah. Semoga tabah dan cekal.

Apa-apa pun, jom sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi.

P.S: Jumpa anda semua di Cineleisure Kota Damansara hari ini pukul 7.30 malam untuk pelancaran Project Alpha Musim Kedua. Selain dapat jumpa dengan blogger Project Alpha musim 1st dan 2nd, anda pun akan dapat tengok wayang free. Memang best kan? Jumpa anda semua di sana ye ~~Project Alpha dibawakan oleh Adidas Action 3, P1 dan MAS.

Page 10 of 13« First...89101112...Last »