April 8th, 2010

ameng spring dadah

Memang betullah kata Wardina yang artis Malaysia tak boleh dijadikan ikon. Macam-macam kes polis yang melibatkan artis-artis Malaysia semenjak dua nie. Kes Benjy pun semakin menarik untuk dibaca. Rupa-rupanya berhampiran rumah Benjy ada satu makmal memproses dadah. Makmal tue dibina hasil belajar dari Internet jer.

Minggu nie sahaja Badrul Muhayat dan Ameng Spring kedua-duanya dah kena tahan dengan polis. Badrul Muhayat disebabkan tuduhan memukul isteri. Ameng Spring pulak sebab ugut bekas isteri dia. Dan yang paling lawak Ameng Spring masa kena soal siasat tue boleh kantoi tengah amik dadah pulak.

Apa nak jadi lah dengan segelintir artis-artis Malaysia kita nie? Mungkin tekanan jiwa yang sangat tinggi menyebabkan diorang bersikap di luar batasan. Tapi kalau nak fikirkan tekanan, lagi tertekan orang biasa macam kita nie yang gaji tak pernah nak cukup.

Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia amiklah cerita-cerita artis nie sebagai pengajaran. Mana yang elok jadikan pedoman. Yang tak elok buang jauh-jauh. Belajarlah dari mereka.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya kes Benjy, Badrul Muhayat dan Ameng Spring. Tunggu ~~~~~~~


Comments are closed.

Loading...