Written by AbangNara | March 19th, 2010

sharifah sofea anjing

Kami berani jamin yang gambar Sharifah Sofea beraksi manja dengan anjing yang agak menyeramkan ini diambil sebelum dia kawin. Sekarang dah ada laki wat apa nak bermanja ngan anjing lagi. Baik bermanja ngan laki. Ada gak pekdah.

Kami sebenarnya seram gak tengok jenis anjing yang Sharifah Sofea nie bermesra. Seram beb. Nie bukan anjing yang cute mute tue. Nie yang anjing jenis kalau gigit memang kena penyakit anjing gila. Tapi mungkin anjing tue pun tak sampai hati nak gigit Sharifah Sofea. Almaklumlah orangnya comel.

sharifah sofea anjing

Bukan ke lagi elok main ngan kucing ker, platipus ke, tenuk ke. Kenapa anjing jugak yang menjadi pilihan hati Sharifah Sofea? Sungguh kami tak faham. Pelik sekali dunia ini.

P.S: Pemenang untuk konsert tiket Wali Band hari pertama ialah Zaharah Md Yusoff, Abdul Hafiz dan Muli Ana. Masing-masing berjaya menang 1 keping tiket ke konsert Wali Band. Sila email kami alamat anda untuk kami postkan tiket.

Soalan kuiz kedua untuk Wali Band ialah:-

[note]Nyatakan tarikh konsert Wali Band akan diadakan[/note]

Hantar jawapan beserta slogan “Saya mahu hadir ke konsert “cari jodoh” wali kerana…” kepada email kami di borakartis @ gmail.com. Maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh baca kat sini.

Written by AbangNara | March 18th, 2010

tiket percuma wali band

“Pengumuman…pengumuman…” Kalau korang kata tak pernah dengar lagu Cari Jodoh dari Wali Band nie memang nampak sangatlah korang tak pernah dengar radio. Best tue beb lagu dia. Memang sesuai untuk orang-orang yang tengah gatal nak berkahwin macam Abang Nara.

Tapi kali nie BeautifulNara dengan kerjasama laman web Muaturun berbesar hati untuk memberikan 3 tiket percuma setiap hari bermula hari ini sampai 2hb April kepada anda semua yang berminat untuk ke konsert Wali Band ini. BeautifulNara akan beri 3 tiket setiap hari, dan Muaturun akan bagi 3 tiket jugak setiap hari. Kesimpulannya ada 6 tiket untuk dimenangi setiap hari.

Caranya mudah sahaja. Setiap hari kami akan bagi soalan yang tersangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah jawap soalan tue, lengkapkan slogan “Saya mahu hadir ke konsert “cari jodoh” wali kerana…“. Suka hati koranglah nak buat slogan panjang mana. Asalkan menarik. Lepas tue hantar semuanya ke email kami di borakartis @ gmail.com.

Soalan untuk hari ini ialah:-

[note]Di manakah konsert Wali akan diadakan [/note]

Bagak mudah soalan dia. Korang tengok poster kat atas tue pun dah tau jawapan. Apo lagi jawaplah dan antar jawapan beserta slogan anda ke borakartis @ gmail.com.

Kalau nak confermkan lagi jawapan anda, sila baca artikel ini sepenuhnya sebab kitorang ada bagi info penuh pasal konsert Wali Band nie.

 
Written by AbangNara | March 18th, 2010

facebook benci wartawan hiburan

Nampaknya kebebasan bersuara di Malaysia sudah semakin meluas dipraktikkan. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya Facebook. Kalau dulu banyak Facebook I Hate ______ (isi nama artis anda benci), kali nie wartawan hiburan pulak jadi mangsa.

Facebook yang diberi nama All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks (Semua Wartawan Hiburan Malaysia Macam Sial) skang nie dah cecah 2 ribu fans masa artikel ini ditulis. Nampak sangat memang ramai rakyat Malaysia nie tak puas hati dengan etika kewartawanan hiburan.

Kami berani jamin jika Facebook page ini tak didelete, jumlah fans akan meningkat kepada 10 ribu dalam masa seminggu. Paling tak tahan, gambar Nas Ahmad diletakkan sebagai profile dalam Facebook nie. Adakah Nas Ahmad salah seorang wartawan sial yang dimaksudkan oleh pencipta Facebook page nie?

Tapi wartawan-wartawan hiburan kita pun tak kurang hebatnya. Dengar cerita dah dapat jumpa siapa yang create Facebook fan page nie. Dan dengar cerita orang tersebut bakal disaman.

facebook benci wartawan hiburan

Berani kerana benar, takut kerana salah. Kita tengok apa drama selepas ini yang bakal berlaku.

P.S: Cantik tak logo baru BeautifulNara? Kami suka~~~ Thanks kat SetelKahwin yang designkan logo nie.

Written by AbangNara | March 17th, 2010

ain af8

Agak terlambat kami nak updatekan cerita pasal konsert Tirai AF8. Maafkan diri kami yang pacal lagi hina ini. Terima kasih pada Astro yang sudi menjemput kami untuk melihat secara live konsert Tirai Akademi Fantasia 8 pada hari Sabtu yang lepas.

Secara keseluruhan kami tengok time konsert Tirai nie ada 3,4 orang peserta AF yang boleh menonjol. Yang paling mantap sememangnya Ain AF8. Mula-mula kami ingat si Ain nie sekadar nak jual muka jer, sekali bila dia bukak mulut nyanyi lagu The Climb, kami tahu dia nie memang ada suara. Mantap beb dia nyanyi.

Suara Ain memang sedap. Gaya pun ada. Make up pun not bad. Muka pun cun gak. Cuma kami tak sempat layan Diari AF8 untuk tahu macam mana perangai dia. Kalau perangai pun ok, kami rasa compem Ain bakal jadi juara AF8.

Yang lain-lain pun ok jugak nyanyi. Si Shahir bekas ahli kumpulan Saujana pun not bad jugak. Ada sorang peserta laki-laki tue kalau tak silap kami namanya Aliff memang ada suara  yang pelik. First time kami dengar suara camtue. Kalau diasah boleh meletop gak.

Tak sabar plak nak tunggu Sabtu nie nak tengok persembahan budak-budak AF8 nie. Nak tengok ada peningkatan ke tak. Nampaknya demam AF dah melanda kami dah. Anda pulak bagaimana?