March 18th, 2010

tiket percuma wali band

“Pengumuman…pengumuman…” Kalau korang kata tak pernah dengar lagu Cari Jodoh dari Wali Band nie memang nampak sangatlah korang tak pernah dengar radio. Best tue beb lagu dia. Memang sesuai untuk orang-orang yang tengah gatal nak berkahwin macam Abang Nara.

Tapi kali nie BeautifulNara dengan kerjasama laman web Muaturun berbesar hati untuk memberikan 3 tiket percuma setiap hari bermula hari ini sampai 2hb April kepada anda semua yang berminat untuk ke konsert Wali Band ini. BeautifulNara akan beri 3 tiket setiap hari, dan Muaturun akan bagi 3 tiket jugak setiap hari. Kesimpulannya ada 6 tiket untuk dimenangi setiap hari.

Caranya mudah sahaja. Setiap hari kami akan bagi soalan yang tersangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah jawap soalan tue, lengkapkan slogan “Saya mahu hadir ke konsert “cari jodoh” wali kerana…“. Suka hati koranglah nak buat slogan panjang mana. Asalkan menarik. Lepas tue hantar semuanya ke email kami di borakartis @ gmail.com.

Soalan untuk hari ini ialah:-

[note]Di manakah konsert Wali akan diadakan [/note]

Bagak mudah soalan dia. Korang tengok poster kat atas tue pun dah tau jawapan. Apo lagi jawaplah dan antar jawapan beserta slogan anda ke borakartis @ gmail.com.

Kalau nak confermkan lagi jawapan anda, sila baca artikel ini sepenuhnya sebab kitorang ada bagi info penuh pasal konsert Wali Band nie.

“Pengumuman…pengumuman…” itulah antara bait-bait lagu ‘Cari Jodoh’ yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ini. Lagu dari kumpulan Wali ini cukup popular bukan sahaja di negara mereka tetapi juga di Malaysia.

Untuk itu, pada Sabtu, 3hb April 2010, bertempat di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, akan berlangsung konsert ‘Cari Jodoh’ oleh Wali yang akan mendendangkan lagu-lagu popular seperti Yank, Baik-Baik Sahaja, Orang Bilang, Taubat Maksiat dan banyak lagi.

Menurut Azman Miskon, dari Special Appearance Sdn Bhd, selalu penganjur utama berkata, pemilihan Wali untuk persembahan konsert di Johor Bahru disebabkan lagu-lagu yang dibawa oleh mereka mempunyai mesej yang baik.

“Selain itu, latarbelakang ahli kumpulan ini yang mendapat pendidikan agama adalah menjadi kriteria membawa mereka masuk ke sini,” ujarnya lagi, “Antara faktor lain pula ialah lagu-lagu mereka sering mendapat perhatian peminat, jadi kami merasakan adalah wajar untuk peminat-peminat di sini merasai sendiri keseronokkan persembahan Wali,” ulas Azman.

Kedatangan Wali ke Malaysia bukanlah kali pertama, sebelum ini sebuah syarikat telekomunikasi telah menganjurkan konsert Wali dan dihadiri lebih 9000 peminat-peminat yang membanjiri Stadium Negara.

Menurut penganjur, mereka menjangka seramai 20,000 orang penonton akan membanjiri Stadium Larkin pada malam berkenaan. Dengan kedudukan Johor Bahru, berhampiran dengan Singapura juga Kepulauan Batam, angka ini tidak mustahil dapat dipenuhi.

Bagi peminat-peminat Wali, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kumpulan yang cukup ‘in’ sekarang, Wali, yang akan mengegarkan Johor Baharu pada 3hb April nanti. Jom kita mencari jodoh.

Tiket-tiket berharga RM 35, RM 55 dan RM 85, untuk menyaksikan konsert ‘Cari Jodoh’ oleh Wali, sudah mula dijual di cawangan ticket2u di sekitar Johor juga boleh didapati secara dalam talian di www.ticket2u.biz atau hubungi 03 – 4149 8600.

Untuk maklumat:

Azwan Annuar : 012.257.9341

Norhazifa Mohamed : 012.238.9429


Comments are closed.

Loading...