March 18th, 2010

facebook benci wartawan hiburan

Nampaknya kebebasan bersuara di Malaysia sudah semakin meluas dipraktikkan. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya Facebook. Kalau dulu banyak Facebook I Hate ______ (isi nama artis anda benci), kali nie wartawan hiburan pulak jadi mangsa.

Facebook yang diberi nama All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks (Semua Wartawan Hiburan Malaysia Macam Sial) skang nie dah cecah 2 ribu fans masa artikel ini ditulis. Nampak sangat memang ramai rakyat Malaysia nie tak puas hati dengan etika kewartawanan hiburan.

Kami berani jamin jika Facebook page ini tak didelete, jumlah fans akan meningkat kepada 10 ribu dalam masa seminggu. Paling tak tahan, gambar Nas Ahmad diletakkan sebagai profile dalam Facebook nie. Adakah Nas Ahmad salah seorang wartawan sial yang dimaksudkan oleh pencipta Facebook page nie?

Tapi wartawan-wartawan hiburan kita pun tak kurang hebatnya. Dengar cerita dah dapat jumpa siapa yang create Facebook fan page nie. Dan dengar cerita orang tersebut bakal disaman.

facebook benci wartawan hiburan

Berani kerana benar, takut kerana salah. Kita tengok apa drama selepas ini yang bakal berlaku.

P.S: Cantik tak logo baru BeautifulNara? Kami suka~~~ Thanks kat SetelKahwin yang designkan logo nie.


Comments are closed.

Loading...