Written by AbangNara | January 2nd, 2010

Hari ni 2Jan 2010

Tempat : MidValley, jumpa di Nando’s, Lower Ground pada pukul 1pm ya. Atau cari kami di tempat Bowling (floor atas sekali) dalam pukul 4.

Tema : Birruuuuuuu, pakai jelah apa2 yg biruuu, jeans biru pon OK

Time : Kol 1 hingga 6

Aktiviti : Makan, IceBreaking , Bowling!! (lawan inter-group)

JIka korang boleh datang, marilah join kami ya~~~~

Written by AbangNara | January 1st, 2010

gambar tunang angkasawan negara

Angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar akhirnya dah selamat bertunang ngan Dr. Halina hari nie (1 Januari 2010). Cuba korang tengok gambar pertunangan Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina kat atas tue. Memang dua-dua sama cantik dan sama padan. Sorang pakai baju kelabu sorang pakai baju pink. Nie kalau kawin nanti dapat anak mesti hensem gila-gila punyalah.

Tahniah buat angkasawan negara kita. Semoga segalanya selamat menuju perkahwinan yang dirancang pada 10/10/2010 nanti. Kami akan uploadkan kalau ada lagi gambar majlis pertunangan angkasawan negara kita nie. Tahniah sekali lagi dari kami kepada pasangan nie.

Written by AbangNara | January 1st, 2010

gambar nikah serina chef wan

Macho sungguh brader Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islam dia Salahudin Ghafar. Sekali lafaz je dah berjaya menjadi suami rasmi kepada Serina Chef Wan. Kena belajar teknik-teknik mengawal pernafasan daripada dia nie. Takut gak nanti masa akad nikah tergugup gagap sampai kena ulang 10 kali.

11.30 pagi tadi Serina Chef Wan dah pun sah menjadi isteri kepada Gavin nie. Tahniah kami ucapkan. Lahirkan anak bebanyak dan didiklah mereka menjadi insan yang berguna. Oh ye lupa plak, diorang nikah pagi tadi kat Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Lagi gambar sekitar majlis majlis pernikahan Serina Chef Wan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sedih tengok gambar Chef Wan menangis nak lepaskan anak dia kepada Gavin. Bersabarlah ye Chef Wan. Gambar diambil dari Mstar.

 
Written by AbangNara | January 1st, 2010

zizie ezette

Ingatkan dah setel nikah ngan Bung Mokhtar setel la cerita pasal si Zizie Ezette nie. Rupanya makin banyak citer yang keluar. Terbaru ialah pasal kereta BMW dia. Nombor plat kereta dia WPY 2121 (ZIZI) tue. Memang cool. Tapi nak dijadikan ceritanya ramai la yang cakap kereta dia nie dibeli oleh Bung Mokhtar. Konon hadiah perkahwinan sebab sudi kawin ngan dia la kot.

Tapi Zizie Ezette membalas balik gosip-gosip liar tue semalam. Katanya dia memang dah tempah lama dah BMW tue. Cuma lepas kawin ngan Bung Mokhtar jer baru dapat. So itu yang orang ingatkan BMW tue dihadiahkan oleh Bung Mokhtar. Padahal tue guna duit titik peluh dia sendiri.

Sebenarnya kami tak kisah pun kalau Bung Mokhtar belikan BMW untuk dia. Apa salahnya seorang suami hadiahkan kereta kat isteri dia kan? Duit suami duit isteri gak. Duit isteri memang duit isteri jer. Suami takleh sentuh. Lagipun Bung Mokhtar kan kaya. Apa salahnya berhabis sikit duit dia yang puluh juta tue untuk isteri gebu.

Pesanan untuk Zizie, anda sepatutnya membuat kenyataan seberapa pantas yang boleh semasa gosip kawin anda keluar dulu. Sekarang nie macam manalah orang nak percaya anda beli BMW tue guna duit sendiri. Bab kawin pun taknak mengaku. Inikan pasal kereta.

Page 22 of 22« First...10...1819202122