Written by AbangNara | December 29th, 2009

abby abadi zul ariffin

Hohohoho. Baru tadi kami kongsikan cerita Abby Abadi terkilan pasal gambar anak-anak dia dieksploitasi, tup-tup kami dapat plak gambar Abby Abadi yang tengah riang ria bersama Zul Ariffin. Nampaknya kena tunggu Abang Norman Hakim punya komen la plak pasal gambar nie. Balas membalas komen la diorang berdua nie nanti.

Tapi kami suka tengok Abby yang nampak hepi jer dalam gambar-gambar nie. Tengah bahagia la kot. Tahniah kami ucapkan.

Lagi gambar-gambar riang ria Abby Abadi bersama Zul Ariffin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dengan citernya si Zul nie dah bertunang. Betul ke?

 
Written by AbangNara | December 29th, 2009

memey norman abby

Kami cuba membayangkan betapa sentapnya hati Abby Abadi apabila melihat gambar mesra Memey, Norman Hakim dan 3 orang anaknya. Sapa tak panas tengok anak sendiri mesra dengan orang lain. Kalau Memey dah bergelar ibu tiri mungkin boleh diterima kemesraan yang ditunjuk, tapi masalahnya sampai sekarang tak nikah-nikah lagi. Kami rasa kami boleh faham perasaan membara Abby time gambar nie keluar ari tue.

Tapi nasib baik Abby masih rileks dan cool jer bila ditanya tentang perasaan dia lepas tengok gambar-gambar mesra Memey dengan anak-anak dia.

[note]Saya dah tengok gambar itu sebelum ini. Biarlah dia… suka nak orang bercerita tentang dia. Bagi saya, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, mereka melayan tiga orang anak saya dengan baik. Cuma saya rasa agak ralat kerana gambar-gambar itu seperti sengaja dipublishkan untuk mendapat perhatian. Saya berasa kasihan apabila anak-anak yang menjadi ‘bahan’. Tiga orang anak saya itu tidak sepatutnya disuruh melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.[/note]

Kami rasa kenyataan Abby nie merujuk kepada gambar anak-anak dia mencium Memey kat atas tue kot. Memang kami rasa pun gambar nie sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. Kononnya nak tunjukkan betapa bahagianya mereka sekeluarga selepas tiada lagi Abby. Kesian kat anak-anak yang jadi mangsa mereka-mereka yang tak prihatin. Mentang-mentang bebudak tue kecik lagi dan tak tau apa-apa.

Tapi yang paling best ialah kenyataan last Abby yang menyatakan dia dah menyampah ngan Norman Hakim.

[note]Ada beberapa insiden yang membuatkan saya menyampah nak tengok NH (Norman Hakim) kerana dia tak tahu malu dan tak menghormati langsung keluarga saya.[/note]

Agak-agaknya apa yang Norman Hakim dah buat ek? Nie rasa nak terjah nie. Sumber dari Mstar.

Written by AbangNara | December 28th, 2009

Salam semua pembaca-pembaca tegar (tak tegar pon salam gak…) Beautiful Nara.

Lagi 6 hari je nih sebelum gathering Beautiful Nara , sapa yg rasa-rasa boleh join tu marilah.

Gathering Beautiful Nara ni kompem tau 2hb Januari 2010.

Tempat : Taman Tasik Perdana (mungkin berubah)

Tema : Birruuuuuuu, pakai jelah apa2 yg biru, kasut biru pon OK

Time : Kol 2 hingga 6

Aktiviti : Berkenal-kenalan & Macam-macam lagi  yg menariktertarik

So ni KakNara nak clarify, so far mmg tak ramai lah yg dah byr duit komitmen tu. Kalau sikit benorr yg datangnya, kita buat kat kedai makan yg best lah.  Pembaca tegar BeautifulNara yg sporting & cool yg nak datang gathering ialah Anne, Aries, Eclipse, Pet, Ctie, AppleGreen,Hantu Pensil, Asmawati & 5kawan, Aien, RoryMarie, Tasminelisa, Mohd Akif & 3kawan..

Haaa, yg lain ni apa cerita?? Komen banyak2 takkan takut nak jumpa berkenalan kot?  huhuhu. Sila email ke lorongsetia8[a]gmail.com. Yg belum membuat bayaran/nak cancel/ada masalah apa2 pon email jugak ya, jgn diam membisu seribu bahasa ya~~~~ Jumpa di sana!!

 
Written by AbangNara | December 28th, 2009

hans isaac eira syazira

[note]Kami ingin memohon ampun dan maaf kepada Abang Hans Isaac yang kacak bergaya lagi tampan kerana telah menulis namanya bercinta dengan Eira Syazira. Sebenarnya Isaac yang terlibat dalam gambar di atas ialah Isaac, pelakon cerita Cinta Balqis (tak sefemes Abang Hans). Terima kasih juga kepada para pembaca yang prihatin dan membetulkan kami. Kami hanya insan biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. Sayang korang semua. [/note]

Panas, panas dan panas (gaya macam Melodi sikit). Pernah tak korang dengar gosip yang kononnya Isaac dan Eira Syazira nie bercinta? Pernah kan? Tapi macam biasalah dunia artis Malaysia nie mana ada orang yang nak mengaku. Macam biasalah bila ditanya kedua-dua makhluk nie pun dengan rileksnya  menafikan kononnya mereka tengah bercinta sakan. Cuma kawan biasa jer.

Alkisahnya seorang rakan kami telah pergi berjalan-jalan di Batu Pahat. Sedang khusyuk rakan kami tue makan kat Batu Pahat Walk, tiba-tiba dia ternampak adegan suap menyuap sedang berlaku. “Perghhhhh, jiwang gila couple ini“, kata rakan kami tue. Tengok punya tengok rupa-rupanya couple yang sedang asyik menyuap-nyuap tue adalah Hans Isaac dan Eira Syazira.

Tanpa berlengah lagi kawan kami tue pun terus mengsnap gambar diorang berdua. Tue yang ada gambar kat atas tue. “Ooo kata tak bercinta tapi leh plak korang suap menyuap“,gosip rakan kami di dalam hatinya. Dan nak dijadikan cerita lagi, semasa nak melintas jalan, Isaac dengan gentlemannya telah memegang tangan Eira Syazira. Nampak sungguh caring dan penyayang Isaac nie. Takut Eira kena langgar ye ?

Kami tak rasa salah pun kalau anda berdua bercinta. Semua orang pun mau tengok Hans Isaac bahagia. Jadi apa salahnya mengaku yang anda memang sedang jiwang karat 24 dengan Eira Syazira? Buat apa nak nafi-nafi lagi. Kang membujang sampai ke tua kang baru tau. Itu sekadar nasihat kami. Nak ikut ke tak itu keputusan anda.

Tapi kami tak tahulah kot-kot Isaac memang buat adegan suap menyuap dan berpegang tangan dengan setiap wanita yang dijumpainya. Kalau dia buat ngan semua orang, maknanya Eira Syazira nie nothing special lah kepada mamat nie. Tapi kami yang tak berapa pandai bercinta nie pun tau kalau dah sampai bersuap-suap tue compemlah yang anda tengah dilamun asmara tahap tertinggi. Tak gitu?

Page 4 of 22« First...23456...1020...Last »