December 29th, 2009

memey norman abby

Kami cuba membayangkan betapa sentapnya hati Abby Abadi apabila melihat gambar mesra Memey, Norman Hakim dan 3 orang anaknya. Sapa tak panas tengok anak sendiri mesra dengan orang lain. Kalau Memey dah bergelar ibu tiri mungkin boleh diterima kemesraan yang ditunjuk, tapi masalahnya sampai sekarang tak nikah-nikah lagi. Kami rasa kami boleh faham perasaan membara Abby time gambar nie keluar ari tue.

Tapi nasib baik Abby masih rileks dan cool jer bila ditanya tentang perasaan dia lepas tengok gambar-gambar mesra Memey dengan anak-anak dia.

[note]Saya dah tengok gambar itu sebelum ini. Biarlah dia… suka nak orang bercerita tentang dia. Bagi saya, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, mereka melayan tiga orang anak saya dengan baik. Cuma saya rasa agak ralat kerana gambar-gambar itu seperti sengaja dipublishkan untuk mendapat perhatian. Saya berasa kasihan apabila anak-anak yang menjadi ‘bahan’. Tiga orang anak saya itu tidak sepatutnya disuruh melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.[/note]

Kami rasa kenyataan Abby nie merujuk kepada gambar anak-anak dia mencium Memey kat atas tue kot. Memang kami rasa pun gambar nie sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. Kononnya nak tunjukkan betapa bahagianya mereka sekeluarga selepas tiada lagi Abby. Kesian kat anak-anak yang jadi mangsa mereka-mereka yang tak prihatin. Mentang-mentang bebudak tue kecik lagi dan tak tau apa-apa.

Tapi yang paling best ialah kenyataan last Abby yang menyatakan dia dah menyampah ngan Norman Hakim.

[note]Ada beberapa insiden yang membuatkan saya menyampah nak tengok NH (Norman Hakim) kerana dia tak tahu malu dan tak menghormati langsung keluarga saya.[/note]

Agak-agaknya apa yang Norman Hakim dah buat ek? Nie rasa nak terjah nie. Sumber dari Mstar.


Comments are closed.

Loading...