17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Paling Glamour Sepanjang Tahun 2011

Hiburan

17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Paling Glamour Sepanjang Tahun 2011

Semenjak Abang Nara keluarkan entri 7 fesyen terbaik selebriti wanita dan 7 fesyen terhancur selebriti wanita sepanjang tahun 2011, ramai yang menghantar email mahukan Abang Nara buat entri perkahwinan pulak. Almaklumlah, tahun 2011 ramai selebriti-selebriti lelaki dan wanita yang menamatkan zaman bujang dan dara masing-masing. Oleh itu, terimalah 7 perkahwinan selebriti Malaysia yang paling glamour sepanjang tahun 2011.

1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.

Advertisement

kahwin selebriti

2. Ayu Raudhah dan Zaquanramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?

kahwin selebriti

3. Tomok dan Ayubercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.

kahwin selebriti

4. Noh Hujan dan Mizz Ninasalah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.

mizz nina noh hujan

5. Nabil Raja Lawak dan Ziraselepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.

kahwin selebriti

6. Shuib Sepah dan Siti Sarah percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, Abang Nara doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.

shuib

7. Chef Riz dan Ana Dahliakalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.

ana dahlia

8. Ashraf Muslim dan Dayana memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.

ashraf muslim

9. Zahiril Adzim dan Shera Ayob memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?

kahwin selebriti

10. Dira Abu Zahar dan Helmimemilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar

dira abu zahar

11. Eira Syazira dan Azadkemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.

eira

12. Faezah Elai dan Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.

faezah elai

13. Farah AF2 dan Johanpengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.

farah

14. Yasmin Hani dan Sha’arin akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.

kahwin selebriti

15. Marion Caunter dan SM Nasarudinsalah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.

marion caunter

16. Michelle Melodi dan Deqwan akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.

kahwin selebriti

17. Memey Suhaiza dan Norman Hakimdigelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.

kahwin selebriti

Sekian 17 perkahwinan selebriti Malaysia yang Abang Nara rasa paling glamour sepanjang tahun 2011. Untuk makluman, senarai dibuat tanpa turutan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan mereka dan perkahwinan kita sama-sama kekal abadi sehingga ke syurga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...