Seorang penyanyi rap yang berkasar dnegan seorang atendan stesen Petronas didenda RM 2,800 hari ini oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Muhammad Raziq Rosli, 21, atau lebih dikenali sebagai Zynakal, mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan mangsa dan menghalang polis menjalankan tugas.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali mendenda tertuduh sebanyak RM 800 dan RM 2,000 di bawah pertuduhan tersebut.
Mahakamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.
Zynakal dituduh menyebabkan kecederaan kepada warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di stesen petrol Petronas Pandan Prima di Ampang pada pukul 3.00 petang, 28 Ogos.
Dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Dia juga dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis disebabkan enggan menunjukkan kad pengenalannya apabila diminta berbuat demikian.
Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda maksimum RM 10,000 jika disabitkan kesalahan.
Pada mulanya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayua agar hukuman diringankan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai penulis lirik dan pencipta lagu. – beautifulnara.com via NST

Anti minah tudung kerek ...
September 2, 2019 at 5:24 pm
Minah minah tudung mesti ramai jadi peminat dia ni ….
Anonymous
September 2, 2019 at 4:00 pm
Raut wajah pun dah menggambarkan dia ni sambeng
Cik wan
September 3, 2019 at 12:42 am
Raut wajah kau mesti kaki kecam² orang. Mesti smaa dengan raut wajah mak bapak kau yg suka judge tu kan? Ermm
anon
September 2, 2019 at 10:32 am
kita perlu jadi netizen yang bagi support utk dia perbaiki diri di masa akan dtg …so aku harap lepas ni dia ni tukar lah nama …zaynbaik ..sbb pembawakan nama tu penting dik ..tak pun zaynsuci ke …zaynano kee ..x kisah lah ..
Anynomous
September 1, 2019 at 9:29 am
ak harap yg tuduh haqiem rusli tanpa usul periksa dan buat spekulasi mcm2 tu sila minta maaf dkt dia.x hbs2 nk jd keyboard warrior.dh dpt dosa x psl2.blm dpt berita yg sahih dh buat mcm2 tuduhan.haishhh..#xsahihjgnkongsi #bknpeminathr
Baby shima
August 31, 2019 at 2:01 pm
Omg.. siapa ni hanat..?!?!?