Zulin Aziz Tunai Umrah, Titip Doa & Buat Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir Di Depan Kaabah

Hiburan

Zulin Aziz Tunai Umrah, Titip Doa & Buat Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir Di Depan Kaabah

Pelakon Zulin Aziz sempat menitipkan doa buat mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda negara ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Zulin Aziz
2 years ago

"Dia Jaga Kita Sedaya Dia, Tak Pernah Berkira Duit.." - Zulin Aziz Dedah Sikap Sebenar Kekasih

Advertisement

Menurut Zulin, dia bersama teman-teman umrahnya turut menunaikan solat hajat bersama bagi memohon kesejahteraan untuk semua mangsa banjir.

Apa yang saya mampu, saya selitkan tiap doa saya di sini buat semua mangsa banjir di Malaysia.

Perkara tersebut turut dikongsikan Zulin menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, Zulin yang baru sahaja tiba di Makkah pada Isnin bagi menunaikan umrah dilihat membawa nota nama-nama pengikutnya yang menitipkan doa untuk dibacakan di hadapan Kaabah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih pada Zulin di atas doa-doa dan solat hajat yang ditunaikan untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia sewaktu menjadi ‘tetamu Allah’.

Zulin Aziz

Sehingga kini, hantaran Zulin tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya di media sosial tersebut.

Sekadar info, kejadian hujan berterusan selama dua hari di sekitar Lembah Klang dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan banjir di luar jangkaan pada hujung minggu lalu.

Bukan hanya di Selangor, banjir besar turut melanda Negeri Sembilan, Pahang, Perak sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...