Zulin Aziz Tampil Berbeza Di Gegar Vaganza, Beliau Kongsi Rahsia “Lost” 10 Kg Tanpa Ambil Ubat Kurus

Trending

Zulin Aziz Tampil Berbeza Di Gegar Vaganza, Beliau Kongsi Rahsia “Lost” 10 Kg Tanpa Ambil Ubat Kurus

Zulin aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz kini menjadi bualan hangat selepas beliau tampil berbeza dalam Gegar Vaganza beberapa hari lalu.

Advertisement

Sebelum ini pada yang mengikuti perkembangan beliau ternyata bentuk badannya tidak sama apa yang dilihat sekarang ini. Penampilan beliau di Konsert Gegar Vaganva itu ternyata mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya apabila kelihatan tidak berisi malah lebih langsing.

Jadi, ternyata usaha beliau sejak sebelun setengah yang lalu membawa hasil yang menakjubkan. Jadi inilah rahsia Zulin untuk tampil berbeza dari sebelum ini.

Sebelum ini  Berita Harian melaporkan bahawa Zulin menyatakan beliau mula mengambil inisiatif mengamalkan kehidupan sihat selepas pernah terkilan gara-gara sukar menggayakan baju yang disukai atau pakaian yang ditaja.

“Dulu berat saya pernah juga susut sehingga 60 kilogram (kg) kerana mengambil ubat kurus. Tetapi, sedikit demi sedikit berat badan saya semakin naik semula sehingga mencecah 75 kg.

“Lebih mengecewakan, saya sudah rasa seperti tiada baju yang boleh dipakai. Apabila ada pihak yang ingin menaja pakaian, ia tidak muat. Jadi saya perlu mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan menguruskan badan.

“Alhamdulillah, saya sudah melihat kesannya apabila tubuh saya semakin ringan. Kalau nak diikutkan, inilah kali pertama saya bersungguh-sungguh mahu bersukan kerana sebelum ini bersenam bukan pun minat saya,” ujarnya.

Zulin berkata, beliau juga ingin tampil langsing kerana sering dianggap lebih tua berbanding usianya yang sebenar.

“Bayangkan, orang yang lebih berusia memanggil saya kakak. Itu maksudnya saya tampak lebih matang daripada usia sebenar. Saya tidak salahkan mereka. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan bersenam dan menjaga pemakanan dengan baik,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...