May 22nd, 2020

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila penampilan terbaru Zulin Aziz dilihat berbeza dengan bentuk fizikalnya sebelum ini.

zulin aziz kurus

Bentuk badannya yang dilihat semakin susut dan langsing membuka mata pelbagai pihak khususnya warganet yang seakan mahu mengetahui apa sebenarnya tip yang diamalkan Zulin.

Bagaimanapun, dirinya tampil berkongsi rahsianya itu apabila beliau difahamkan tidak menyentuh langsung nasi sejak tahun lau.

Namun demikian, wujud segelintir pihak yang salah sangka dan mengecam tindakanya serta gaya pemakanan Zulin yang dikatakan tidak bagus kerana hanya menjamah kurma semata-mata ketika berbuka.

Mendengar khabar itu, Zulin tampil membidas kenyataan netizen dan menyeru orang ramai untuk tidak menyalah erti apa yang dimaksudkan Zulin ketika berkongsi tip tersebut.

Menurut Zulin, ini berlaku disebabkan sikap netizen yang mengambil mudah dan tidak membaca keseluruhan artikel yang ditulis di salah sebuah portal berkenaan.

zulin aziz

“Aku makan apa aku tnjuk kat ig story tiap hari. Sudah2 la tu. Baca sampai habis jgn baca headline je”

Kata Zulin, tajuk yang ditulis juga seakan mengelirukan sehingga boleh menyebabkan orang ramai salah faham dengan apa yang ingin dimaksudkan.

zulin aziz

 

zulin aziz

Meskipun begitu, Zulin juga turut bersuara mengapa beliau amat bertekad untuk kurus.

“Saya ada pengalaman hidup yg sangat menyakitkan. Saya nak ubah diri saya untuk jadi lebih baik tp bukan untuk menjadi terbaik utk semua org”

zulin aziz

Walaupun berkongsi kisah hidupnya yang pernah dibuli ketika gemuk serta dihina masyarakat namun dirinya tetap redha dengan apa yang terjadi malah langsung tidak mematahkan semangatnya untuk teruskan misi menjadi lebih sihat, positif dan lebih baik dari sebelumnya.


3 responses to “Zulin Aziz Nafi Hanya Makan Kurma Ketika Berbuka”

  1. 8 ball pool says:

    Boleh tahan bimbo jugak dia ni

  2. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    dengan

  3. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    tak kesah la dengar cara ape zulin turunkn berat badan asalkn dh kurus..

Leave a Reply to minah jambu say STAY AT HOME !! Cancel reply

Loading...