Zulin Aziz Mohon Peminat Doakan Semoga Dirinya Bertudung Labuh

Hiburan

Zulin Aziz Mohon Peminat Doakan Semoga Dirinya Bertudung Labuh

Meskipun tampil dengan imej baharu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang kini tampak lebih langsing berbanding dahulu kian menjadi perhatian netizen khususnya pengguna laman Instagram.

zulin aziz mahu bertudung labuh

Advertisement

Selain mengagumi perubahan mendadak Zulin yang dilihat semakin cantik, ramai juga tumpang gembira melihat cara pemakaian Zulin yang kini tampak lebih sopan dan tidak menjolok mata.

Menerusi perkongsian terbarunya di laman Instagram, Zulin memuat naik gambar diriny bertudung labuh menutup dada sambil memprmosikan jenama tudung berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah, Zulin seakan menyeru doa daripada orang ramai supaya dirinya mampu mengenakan tudung seperti yang ditonjolnya di laman berkenaan.

“Doakanlah semoga saya bertudung labuh litup macam ni.”

Zulin juga bagai tidak segan menyatakan hasrat itu agar suatu hari nanti jati dirinya akan lebih baik dan mampu mengikut syariah islam dalam mematuhi etika berpakaiaan.

zulin aziz mahu bertudung labuh

Menjengah ke ruangan komen, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Malah, ada juga yang mendoakan niat baiknya itu dimakbulkan oleh Allah SWT.

Selain memuji kejelitaannya, ramai juga beranggapan imej tersebut amat sesuai dengan gaya serta penampilan terbaru Zulin.

Ramai pengikutnya seolah berharap agar Zulin terus istiqamah mencari redha Ilahi agar terbuka hatinya untuk bertudung labuh dan menjadi ikutan para wanita suatu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...