Zulin Aziz Bercinta Dengan Ahya Rosli Dan Menajanya Dengan Barangan Mewah?

Hiburan

Zulin Aziz Bercinta Dengan Ahya Rosli Dan Menajanya Dengan Barangan Mewah?

Umum mengetahui pelakon Zulin Aziz kini menggunakan khidmat anak pelakon vateran Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli sebagai jurulatih untuk menurunkan berat badannya.

Advertisement

Namun, baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Zulin dan Ahya kini lebih intim dan sedang hangat bercinta. Semuanya berpunca daripada  satu gosip yang mendakwa seorang penyampai radio sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk seorang lelaki.

Saya tidak pernah menaja Ahya seperti yang tertulis dalam ruangan gosip itu, kononnya saya hadiahkan dia pelbagai barangan mewah serta pergi bercuti mengunakan wang saya sahaja. Itu tidak betul langsung! Hakikatnya Ahya yang keluarkan duit apabila kami keluar bersama.

Saya pun tak naklah menyusahkan dia, hulurkan juga duit kepada Ahya tetapi selalunya dia tidak mahu terima duit saya. Dari mana datang cerita itu saya pun tak pasti, yang penting memang tiada apa-apa kaitan pun dengan hal saya.

Pada masa yang sama, Zulin memberitahu beliau dan Ahya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu.

Saya tak bercinta dengan dia jauh sekali menjadi pasangan kekasih, kami hanya kawan rapat. Apa yang saya boleh komen, Ahya seorang yang baik walaupun kalau kita lihat personaliti dia yang agak nakal tetapi sebenarnya tidak seperti itu.

Buat Zulin beliau tidak boleh menutup mulut orang untuk terus bercerita dan bergosip mengenainya. Apa-apa pun, beliau tetap mengharapkan ada yang mendoakan yang terbaik buat diri dan kariernya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...