Zulin Aziz Akui Badan Semakin Ramping Sejak PKP

Hiburan

Zulin Aziz Akui Badan Semakin Ramping Sejak PKP

Berkongsi foto terbaru di Instagram miliknya, nama Zulin Aziz kini menjadi perhatian netizen apabila  perubahan pada bentuk fizikalnya menjadi bualan ramai.

zulin aziz kurus

Advertisement

Zulin yang sebelum ini bergelut dengan masalah berat badan mampu menarik nafas lega apabila tubuhnya kinimula menyusut selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.

Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan beliau kurus adalah kerana tidak menjamah nasi sejak tahun lalu.

“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.”

“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang.”

Mengakui tubuhnya makin langsing apabila mengamalkann sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk tersebut.

Kongsi Zulin lagi, berat badannya menyusut kepada 60 kilogram selepas mengamalkan produk berkenaan, malah Zulin juga menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana “makan hati”.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kepuasan sendiri.”

Terdahulu, Zulin merupakan salah seorang selebriti yang sering dikecam netizen dan dijadikan bahan lawak susulan bentuk fizikalnya yang agak gempal.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...