Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zul Yahya Cadang Orang Islam Bergejala Ringan Dikuarantin Di Masjid

Zul Yahya

Pelakon Zul Yahya baru-baru ini ada mencadangkan agar orang Islam yang positif COVID-19 dan bergejala ringan ditempatkan di dalam masjid.

Ujar Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkiffli Yahaya,48, fungsi tempat ibadah seperti masjid haruslah diperluaskan dengan menghidupkannya kembali dalam usaha mendapatkan reda Allah.

Advertisement

Zul Yahya

Zul Yahya menzahirkan pendapatnya itu menerusi sebuah hantaran di Facebook di mana dia merasakan bahawa pesakit-pesakit ini dapat menghidupkan kembali masjid agar tidak sepi semenjak negara dilanda wabak membunuh itu.

Facebook Zul YahyaSumber : Facebook Zul Yahya  

 

“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid supaya menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumat lebih banyak manfaat. Mungkin boleh menambahkan kebaikan kepada mereka. Kita semua tahu fungsi masjid itu sangat luas. Kita nak dapatkan bantuan Allah S.W.T, tapi rumah Allah S.W.T tidak diimarahkan. Ada cara Allah S.W.T bagi tapi kenapa tak diusahakan?”

Advertisement

Kata pelakon filem Leftenan Adnan itu lagi, dia sangat berharap perkara tersebut dapat diketengahkan dan atas dasar sokongan, dia dan rakan bersedia untuk menyumbang khidmat membantu menguruskan pesakit yang dikuarantin di masjid-masjid.

Zul YahyaSumber : Google  

Ujar Zul lagi, perkara tersebut pernah disuarakan pada tahun lalu namun tidak mendapat sambutan dan perhatian.

“Para ulama yang dimuliakan lagi dikasihi serta sahabat, mohon dipanjangkan perkara ini..” tulisnya lagi dalam hantaran tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. anti agamawan

    June 3, 2021 at 4:22 pm

    cadangan baik.
    tapi beberapa perkara yg kena ambil tahu.

    Kos staff, Kos api air internet, kos logistic lain (memasak, sanitizer, cleaning), storage barang2.
    sape nk payung kos ni? masjid?

    • Anonymous

      June 3, 2021 at 5:11 pm

      Kkm kan ada semestinya tanggungjwb kkm sprtinya pihak masjid cuma sediakan venue.

  2. Anonymous

    June 3, 2021 at 11:03 am

    Niat dia ikhlas utk beribadah why not after all bnyk mesjid yg besar2 di msia ni dari biar kosong dapat pahala kalau di gunakan dgn cara betul lah dgn sop yg ketat

  3. Anonymous

    June 2, 2021 at 11:30 pm

    Cakap mcm org tak berotak ..retis !

  4. Anonymous

    June 2, 2021 at 10:48 pm

    Sebenarnya boleh tetapi harus dirikan khemah berkipas dingin dikawasan parkir,masih didlm kompaun masjid dan mereka boleh dikuarantin disitu dan langsung mendekatkan diri dgn allah manakala solat jemaah dlm skala kecil di dlm masjid masih diteruskan seperti biasa.dlm teknoloji kini boleh saja yg kuarantin dlm khemah bersolat jemaah bersama melalui skrin tv dan audio secara maya.kuarantin tetap kuarantin ya mana mungkin utk bersama dgn yg negatif covid.maaf kalau saya salah

  5. Anonymous

    June 2, 2021 at 10:08 pm

    Cadangan yang baik, tetapi, kita harus ingat, masjid adalah tempat untuk solat dan digalakkan sesiapa yang datang menggunakan supaya sentiasa bersih. Saudara Zul sepatutnya faham, pestkit-pesakit, even kalau yang bergejala ringan, masih memerlukan rawatan dan pemerhatian daripada pihak kesihatan. Fikir la panjang sikit, niat tu baik, tetapi, secara praktikal nya, mudah ke tak nak laksanakan? Lagipun, kita tinggal di negara berbilang kaum dan agama, adakah kita menidakkan hak orang lain? Untuk solat, dimana-mana pun boleh, tak semestinya di masjid. Kita masih belum lagi di dalam keadaan darurat seperti peperangan. Hospital-hospital, hotel-hotel, kem-kem masih lagi mampu untuk memantau. Yang dia boleh buat now is, duduk di rumah, and jaga keluarga.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top