Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zul Yahya Cadang Orang Islam Bergejala Ringan Dikuarantin Di Masjid

Zul Yahya

Pelakon Zul Yahya baru-baru ini ada mencadangkan agar orang Islam yang positif COVID-19 dan bergejala ringan ditempatkan di dalam masjid.

Ujar Zul Yahya atau nama sebenarnya Zulkiffli Yahaya,48, fungsi tempat ibadah seperti masjid haruslah diperluaskan dengan menghidupkannya kembali dalam usaha mendapatkan reda Allah.

Advertisement

Zul Yahya

Zul Yahya menzahirkan pendapatnya itu menerusi sebuah hantaran di Facebook di mana dia merasakan bahawa pesakit-pesakit ini dapat menghidupkan kembali masjid agar tidak sepi semenjak negara dilanda wabak membunuh itu.

Facebook Zul YahyaSumber : Facebook Zul Yahya  

 

“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid supaya menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumat lebih banyak manfaat. Mungkin boleh menambahkan kebaikan kepada mereka. Kita semua tahu fungsi masjid itu sangat luas. Kita nak dapatkan bantuan Allah S.W.T, tapi rumah Allah S.W.T tidak diimarahkan. Ada cara Allah S.W.T bagi tapi kenapa tak diusahakan?”

Advertisement

Kata pelakon filem Leftenan Adnan itu lagi, dia sangat berharap perkara tersebut dapat diketengahkan dan atas dasar sokongan, dia dan rakan bersedia untuk menyumbang khidmat membantu menguruskan pesakit yang dikuarantin di masjid-masjid.

Zul YahyaSumber : Google  

Ujar Zul lagi, perkara tersebut pernah disuarakan pada tahun lalu namun tidak mendapat sambutan dan perhatian.

“Para ulama yang dimuliakan lagi dikasihi serta sahabat, mohon dipanjangkan perkara ini..” tulisnya lagi dalam hantaran tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. tecit

    June 9, 2021 at 11:43 pm

    betol jugak. benda ni boleh dicadangkan pada nadma.. jabatan pengurusan bencara. maeps tu depa yg setting. klu bg venue mesjid pon bagus jugak. biar yg kene kuarantin tu yg jd imam, yg jd bilal. pasal bil api ayaq ka katil ka peralatan perubatan ka no worries kkm n nadma handle. it would be a very wise suggestion. tp takot jadi kacau bilau sikit klau ade campur tangan kementerian agama utk memikirkan welfare imam2 mesjid plak bile mesjid die dah kene amik sementara.

  2. saya kentang

    June 4, 2021 at 11:42 am

    Cadangan yg bagus. TAPIIIII..
    pada pendapat sya, bergejala ringan ada kemungkinan untuk jadi lebih teruk (kita tak tahu). masih perlukan pantauan.
    masjid kan (khusus) untuk tempat kita beribadah. kapasiti masjid tak seluas stadium yg boleh diubahsuai mcm di maeps. mana nak letak katil,meja frontliner, tandas, buatnya ada yang muntah or berak2 kat dalam kawasan masjid untuk solat (permaidani) kan dah mencemarkan kawasan tu. nak cuci, nak kemas, karpet masjid bukan kaleng2. mau seluruh karpet perlu di cuci semula. ada masjid yg masih lagi membenarkan org2 masjid untuk solat berjemaah didalamnya. malaysia berbilang bangsa, kalau yg bukan islam nak sembahyang cara mereka, bagaimana pula? kalau kita kata masjid utk kuarantin bg org islam sahaja, nnti di tuduh racist pula (kot ada fitnah/tuduhan/ ada agenda tertentu). entahlah. Allah bg cara, islam itu mudah.

  3. Anonymous

    June 3, 2021 at 4:40 pm

    kalau pesakit covid kuarantin di masjid sapa nak azan nanti bila masuk waktu…lagipun nak imarah masjid banyak je caranya..

Leave a Reply to tecit Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top