Zul Sangat Prihatin Dan Ambil Berat Tentang Zahirah – Zainol MacWilson

Hiburan

Zul Sangat Prihatin Dan Ambil Berat Tentang Zahirah – Zainol MacWilson

Perhubungan antara Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin menjadi topik hangat yang diperkatakan  di media sosial sejak beberapa sebulan yang lepas.

Advertisement

Bermula daripada kes Zahirah hampir diculik itulah saat dimana akhirnya hubungan mereka diketahui ramai.  Ada yang suka mereka bersama ada yang tidak sehingga melabelkan Zul sebagai buaya darat yang bertukar pasangan kerana ingin memanfaatkan populariti yang ada pada seseorang wainta itu.

Malah, ada juga peminat fanatik yang mahu pasangan ini berkahwin!

Buat bapa kepada Zahirah iaitu Zainol MacWilson, beliau merasakan hubungan anaknya itu bersama Zul masih lagi baharu dan agak tidak sesuai untuk mereka membicarakan soal perkahwinan. Zainol mahu Zahirah menumpukan perhatian kepada kariernya dan tidak terburu-buru dalam percintaan.

Memandangkan hubungan mereka baru lagi, terlalu awal untuk bercakap soal kahwin. Seboleh-bolehnya saya tak mahu fikirkan perkara ini. Kalau setakat bercinta tak ada masalah. Lagipun Zahirah masih baru dalam industri hiburan tempatan, masih banyak perlu dia belajar.

Meskipun mengakui Zul sangat prihatin dan mengambil berat terhadap Zahirah, Zainol mahu pasangan tersebut untuk tidak mencemarkan maruah keluarga dengan kotroversi.

Zul sangat prihatin dan ambil berat mengenai Zahirah. Malah kali pertama dia berjumpa saya dan meminta izin mahu berkawan dengan Zahirah, saya tak menghalang. Cuma sebagai bapa saya mahu Zahirah menjaga nama baiknya dan keluarga.

Saya tak boleh ada bersama Zahirah 24 jam. Saya pun ada kerja lain nak buat, sebab itulah saya mahu mereka jaga diri. Walaupun berdarah kacukan, saya masih berpegang dengan adat dan budaya timur. Saya mahu mereka juga begitu.

Bapa mana yang mudah melepaskan anak gadisnya begitu sahaja kepada seorang lelaki yang baharu dikenali. Memang agak awal untuk Zahirah dan Zul membicarakan soal perkahwinan, lebih baik kenal hati budi dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan drastik.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...