“Zul Belum Berkahwin” – Kelab Peminat Zul Ariffin Sangkal Dakwaan Sudah Kahwin Dalam Diam

Hiburan

“Zul Belum Berkahwin” – Kelab Peminat Zul Ariffin Sangkal Dakwaan Sudah Kahwin Dalam Diam

Jarang sekali berlaku tetapi inilah yang terjadi apabila Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) tampil menyangkal dakwaan ramai tentang hero kegemaran Malaya itu sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang pelakon tanah air, Ruhainies.

Zul Ariffin Sharleen
3 years ago

Akui Dah Tiga Tahun Kenal Zul Ariffin, Bekas Pramugari Ini Bikin Peminat Patah Hati

Advertisement

Enggan artis kesayangan terus dipandang serong, ZAFC menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram telah memberikan pencerahan bahawa Zul Ariffin tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan mana-mana selebriti wanita seperti yang didakwa.

Ingin kami jelaskan, bahawa Zul masih lagi bujang dan belum bernikah dengan sesiapa.

Difahamkan, penjelasan tersebut dikeluarkan susulan tular beberapa video memaparkan kemesraan antara Zul dan Ruhainies sehingga ada yang beranggapan mereka sudah berkahwin secara senyap-senyap.

Tidak mahu Zul terus dihujani dengan gosip tersebut, ZAFC turut memohon orang ramai supaya berhenti daripada terus menyebarkan cerita yang tidak benar serta gosip tentang Zul.

Zul Ariffin

Kami sarankan agar anda gunakan masa dan kuasa media anda untuk perkara yang lebih bermanfaat. Selain itu, kami juga tidak sempurna dan begitu juga Zul.

Bukan itu sahaja, ZAFC turut mengajak orang ramai untuk sama-sama jadikan media sosial sebagai platform untuk saling mendukung antara satu sama lain selain mengakui tiada niat untuk memalukan sesiapa dengan perkongsian tersebut.

Sekadar info, nama Zul hangat diperkatakan dalam media sosial minggu lalu susulan tularnya video mesra dan saling berpelukan bersama Ruhainies.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...